YOUTH – Skincare Shaklee Terbaik, Kesan Seawal 7 Hari

Cantik Sihat Dengan Shaklee

JERAWAT HILANG DENGAN YOUTH SKINCARE

Ada satu kajian mengatakan kira kira 90 peratus rakyat Malaysia pernah mengalami atau sedang menghadapi masalah kulit jerawat. Masalah jerawat ni tak mengira usia. Ada yang datang seawal usia akil baligh dan berlanjutan sampai umur menginjak ke 40 an! Jerawat memang boleh dialami sesiapa saja tanpa mengira usia.

YOUTH SKINCARE merupakan 100% semula jadi (natural) dan dijamin BEBAS daripada parabens, phtalates, hydroquinon dan mercury.

YOUTH SKINCARE telah diuji secara klinikal dan diuji secara dermatologi. Selain itu ia turut diuji oleh pakar mata (Ophthalmologist) membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata, tidak merengsakan walaupun pada mata yang sensitif.

KENAPA YOUTH?

  1. Sebab ia produk NATURAL tetapi sangat efektif. Ada banyak produk natural tapi kesannya sangat lambat- Ada banyak produk yang kesan sangat cepat tapi banyak harmful chemicals- YOUTH pula NATURAL & EFEKTIF
  2. Tiada 1500 harmful chemicals yang mostly ada di dalam skincare lain di pasaran.
  3. Ada CLINICAL STUDIES yang proven.
  • Shaklee menganalisa usia kulit participant melalui Skin Age Index yang dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia.
  • Hasilnya, seawal 7 hari penggunaan 100% dapat dibuktikan kulit yang kelihatan lebih muda.
  • Selepas 4 minggu, usia kulit 2/3 participants telah berubah menjadi 10 tahun lebih muda!
  • Shaklee tak claim sesuka hati ya. Mereka buat clinical studies melalui 3rd party

4. YOUTH:

  • 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan- Hipoalergenik (tak membuat alergenik ke atas kulit)
  • Non-Comedogenik (tidak menyumbat liang pori)
  • Diuji oleh ahli dermatologi (doktor yang specialize dalam kulit, rambut & kuku)
  • Diuji oleh ahli oftalmologi (selamat untuk mata)

5. Menggunakan tumbuh-tumbuhan yang membantu untuk boost kolagen dan elastin di dalam kulit, memberikan tenaga buat sel-sel kulit dan membantu mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru!

YOUTH SKINCARE BUAT WAJAH MAKCIK NI 10 TAHUN LEBIH MUDA!

Semakin bertambah usia kita, Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.
 
Untuk dapatkan kulit yang cantik dan sentiasa muda, pembaharuan sel kulit perlu pada kadar yang lebih cepat. Sebab itu orang muda, kulit mereka lebih cantik, tegang dan berseri berbanding mereka yang dah berusia. Berkedut sana sini. 
 
Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih kami bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.
 
Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsibpenting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.
 
Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH.

BAHAN BAHAN SEMULAJADI YANG ADA DALAM YOUTH SKINCARE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulituntuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

STARTER SET YOUTH ANTARA SET PENJAGAAN KULIT MUKA TERBAIK UNTUK GADIS USIA SEAWAL 20an

Starter Set Youth antara set penjagaan kulit muka yang paling asas sesuai untuk gadis seawal usia 20an. Kandungannya yang TIDAK MENGANDUNGI MERKURI atau bahan kimia yang merbahaya menjadikan ianya sangat sesuai digunakan oleh golongan muda usia 20an

4 Langkah Penjagaan Kulit Muka Paling Asas

APA KATA PENGGUNA YOUTH

MUKA PECAH RUMAH
.

Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. “Ni memang takde lain la ni mesti makan terung” tak pun “dah tau alergik terung sapa suruh makan”. Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai. 
.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada “mata” kerana seringkali jerawat pastinya ada “mata” dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.
.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa “fake” sangat.
.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.
.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.
.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTHdilancarkan “on time” muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar “Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni”. 
.

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai “ibu” segala masalah kulit kerana ia ibarat “trigger”. Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang. 
.

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.
.

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa. 
.

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam#VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, “Vivix luar dalam”.
.

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan “sold out”nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin #YOUTH Che Yan. 
.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. 
.

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
.

Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.
.

Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka. 
.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.

Dalam video ini anda boleh tengok macam mana nak guna CLEANSE and FIRM DEVICE yang mana bila anda beli RENEW & MAINTAIN SET atau pun TREATMENT & REPAIR SET, anda akan berpeluang dapatkan device ni secara PERCUMA (kalau beli harga dia RM59)