TIPS ATASI MASALAH ANAK SEMBELIT SAMPAI MENANGIS TIAP KALI NAK BUANG AIR BESAR

Cantik Sihat Dengan Shaklee

TIPS ATASI MASALAH ANAK SEMBELIT SAMPAI MENANGIS TIAP KALI NAK BUANG AIR BESAR

May 22, 2015 Uncategorized 0
Assalamualaikum
Masa tengah scroll Facebook time lunch semalam, nampak status kawan yang share tentang betapa dia susah hati sebab anak dia sekarang tengah mengalami sembelit yang agak teruk. Hari hari susah nak buang air besar. Bila datang sakit perut, memulas mulas, tapi siksanya nak keluarkan najis tu sampai maknya pun tak sanggup nak tengok derita anak dia. Kesian kan?
Setakat Irine berumur setahun setengah ni, sekali je dia sembelit. Mungkin sebab tak serasi dengan susu formula jenama XXX tu. Tapi tak la teruk sangat sembelitnya. Masih boleh lagi buang air besar cuma keras dan berketul. huhu. Jadi, nak kongsi dengan korang tentang macam mana tips untuk rawat anak yang sembelit.
1.  Bagi anak yang lebih berusia yang makan makanan pejal,
tanya doktor sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun
yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus
prun. Aah. Aku dulu kalau sembelit pun, aku akan cuba makan prun. Tapi tak berapa suka sangat sebab masam. hehe
2. Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran
ke dalam bijiran bayi  untuk menambahkan serat, tetapi jangan
terlebih tambah.
3. Cuba berikan anak korang buah-buahan dan sayur-sayuran
(tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat
secukupnya. Masa Irine umur 8 bulan, dia dah start makan bubur nasi yang cair cair tu. Aku selalu pastikan bubur Irine ada sayur. Kadang kadang reneh sekali dengan brokoli ke, karot ke, asalkan ada sayur sikit.

4. Minum air yang banyak, termasuk air
kosong.
Alhamdulillah Irine memang suka minum air kosong. Pernah dulu datang musim dia tak nak minum susu, tapi dia nak minum air masak je. Sampai doktor pun gelak, macam nak jaga kulit pulak nak minum air masak 2 liter sehari kan! Tapi memang penting minum air masak. Aku akan sediakan botol botol yang menarik untuk tarik perhatian irine supaya suka minum air masak
5. Cara-cara berikut juga boleh membantu:
  • Cuba gerakkan kaki anak korang jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran. 

sumber : http://www.babycenter.com.my/

Macam mana mommy ni tangani masalah anaknya yang sembelit hampir setiap
hari, sedangkan dulu, selalu kena seluk tangan untuk korek dan keluarkan
najis. Jom kita tengok perkongsian mommy ni yang mungkin boleh membantu
ibu-ibu lain:

 

Sebenarnya sembelit ni perkara biasa tapi kalau dah sampai menangis nangis anak korang sebab tak tahan sakit nak buang air besar, najis terlalu keras, korang kena buat sesuatu la. Kesian kan dorang? Kita yang dah dewasa ni pun kadang kadang meleleh air mata kalau kena sembelit. Ni kan pulak si kecik. 

Pengedar Shaklee Malaysia

COD di daerah Seremban

Shaklee ID:910287

SMS/Whatsapp: 012-6716961

* These statements have
not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products
are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala
testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan
bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua
penyakit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *