Taknak Membazir, 8 Panduan Memilih Set Bersalin Yang Terbaik

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Taknak Membazir, 8 Panduan Memilih Set Bersalin Yang Terbaik

September 13, 2017 Uncategorized 0
Bulan 2 tahun depan Insyallah bakal lahirkan anak kedua. Sekarang ni usia kandungan baru mencecah 17 minggu. Walaupun masih terlalu awal, selalunya dalam kepala mak mak ni dah plan macam macam persiapan masa bersalin nanti. Termasuklah Set Bersalin apa nak pakai masa tempoh berpantang nanti. Taknak membazir, antara sebab utama kenapa saya rasa kena pilih betul betul set bersalin ni. Kalau boleh biarlah boleh digunakan atau dimakan sampai lepas habis tempoh berpantang, dan khasiat dia menyeluruh untuk ibu dan bayi. 
Jadi dekat sini nak kongsikan serba sedikit panduan memilih set bersalin yang terbaik. 
1. DAPATKAN INFO PRODUK
Dapatkan info produk (kalau boleh dapatkan info
dari pelbagai jenama). Zaman sekarang ni nak dapatkan info bukan susah pun. Google je pasti dapat kumpul banyak info tentang jenama jenama set bersalin yang terbaik. 
2. BAJET
Ada orang memang mementingkan bajet sebelum membeli mana mana set bersalin. Selalunya kalau kita nak beli set bersalin yang murah, hanya terdapat beberapa item sahaja dan mungkin tertumpu pada satu satu aspek sahaja. Kalau nak yang lengkap, baik dari segi untuk dalaman dan luaran termasuk bengkung dan sebagainya, selalunya lebih mahal. Tepuk dada tanya selera. 
3. JENAMA PRODUK 
Adakah anda membeli sesuatu produk berdasarkan nama produk tersebut
ataupun setelah meneliti info produk tersebut? Setiap produk mempunyai
keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isi
kandungan produk, cara penggunaan dan lain-lain agar produk yang dibeli dapat
digunakan sebaiknya.

4. SESUAI ATAU SERASI KE DENGAN DIRI SENDIRI?
Dengan info produk yang telah anda perolehi,perbandingan produk dapat
dibuat,dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian
dengan diri sendiri.Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan
maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa
diri si pemakai.
Kalau inginkan set bersalin yang ringkas, mudah, senang dan praktikal
khasnya untuk mereka yang bekerja dan tiada orang menjaga semasa berpantang
atau segala-galanye perlu dilakukan sendiri, dicadangkan memilih set bersalin
dari jenama-jenama ini contohnya 
  • Amway Tropical Herbs,
  • Nona Roguy
  • Leesa Confinemum
  • Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara
  • Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga
  • Sendayu Tinggi
adalah antara yang sesuai (kebanyakan ubat-ubatan adalah dalam bentuk Kapsul /
Tablet). Manakala untuk yang suka set bersalin yang lebih tradisional, bolehlah
mencuba 

  • Mustika Ratu
  • Nyonya Meneer
  • Set Air Mancur
  • Set Orang Kampung
  • HPA 
  • Jamu Afiat
(Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk – perlu dibancuh dan minum,
serta juga terdapat set pil / kapsul).
Bagi ibu yang
tidak suka akan jamu boleh mencuba SET BERSALIN SHAKLEE ini, ianya lebih
selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus
selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan
malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
Pengalaman saya sendiri yang amalkan Set Bersalin Shaklee masa anak pertama 3 tahun yang lepas memang sangat sangat membantu saya. Bayangkan saya seorang ibu yang berulang kerja dari KL-Seremban setiap hari menggunakan public transport memang memerlukan tenaga yang cukup dan taknak kuantiti susu terjejas. Alhamdulillah dengan set bersalin Shaklee, saya memang bertenaga dan anak saya jarang demam. 

5. BELI SECARA BERASINGAN ATAUPUN SET BERSALIN BERPAKEJ 
Sesetengah Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan.Walaupun secara
berasingan tetapi kena beli satu set juga, kenalah lengkap untuk rawatan. Antara set bersalin yang menyediakan set pakej nii adalah seperti Set
Bersalin Sendayu Tinggi, Salindah dan juga Leesa Confinemum.Contohnya
diasingkan set rawatan luaran dengan set rawatan dalaman.
Dari pengalaman saya berpantang anak pertama yang ambil full set. Di penghujung berpantang masih ada product yang saya tidak guna. Membazir la kan. Selepas berpantang sudah tidak ambil sebab ianya berbau herba. Takkan nak ke pejabat berbau herba kan. Jadi anak ke dua saya hanya memilih product yang saya suka sahaja.
6. TANYA PENDAPAT
Cuba tanya pendapat sesiapa yang anda kenal, tanya pendapat mereka,
produk apa yang dipakai, sesuai tak dengan diri si pemakai, apa kebaikan dan
keburukan produk tersebut. Melalui cara ini juga dapatlah anda jadikan panduan.
Kalau boleh sebelum bertanya pendapat, cuba kumpulkan info produk
dahulu, agar boleh anda bertanya lebih lanjut dengan sesiapa yang anda nak
tanya itu.Kalau anda tiada info produk,nanti anda hanya menjadi pendengar
sahaja.
7. BELI DENGAN HARGA BERPATUTAN 
Setelah membuat pilihan set bersalin. Bolehlah pergi membelinya tetapi
tidak perlulah tergesa-gesa..Tunggu dekat-dekat nak bersalin pun tak
mengapa. Cuba dapatkan set bersalin yang dihajati dengan harga yang berpatutan.
8. BELI DI MANA?
Set Bersalin mudah didapati, boleh dibeli di kedai ubat,pasaraya,beli
secara Online (laman web,FaceBook atau Blog) dan lain-lain. Kalau beli secara
online pastikan anda membeli di web atau blog yang anda betul-betul yakin. Ini
bagi mengelakkan anda tertipu dan mengalami kerugian.

Ok tu saja nak kongsikan dengan korang 8 panduan memilih set bersalin yang terbaik. Buatlah pemilihan yang tepat. Tapi sekiranya korang nak dapatkan Set Bersalin Shaklee macam yang saya amalkan, boleh hubungi wasap dekat bawah ye. Bye Assalamualaikum
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *