SET LENGKAP IBU HAMIL SHAKLEE Terbaik, Selamat, Dan Semulajadi

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Set hamil shaklee memang bagus untuk ibu hamil kerana ia mengandungi nutrisi penting dan lengkap untuk ibu hamil.Jadi tak hairan lah kalau selebriti seperti Jihan Muse,puteri sarah liyana,deena amir pun memilih set Hamil Shaklee sebagai supplement sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Yang paling penting set kehamilan shaklee ni selamat dan semulajadi. Set Hamil Shaklee adalah yang TERBAIK!

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

MENARIK! JENIS MAKANAN DAN PANDUAN PEMILIHAN SUPPLEMEN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL

1.WALNUT

 

sangat bagus dalam perkembangan otak bayi. Didalam walnut mngandungi lemak, namun jangan bimbang kerana lemak ini adalah lemak baik dan kandungan protein dalam walnut juga sangat tinggi, jadi bagi ibu2 yang tidak suka makan telur atau ikan, boleh mengambil walnut sebagai ganti dan mendapatkan khasiat yang sama seperti makan ikan atau telur.

2.BUAH DELIMA

 
 
Tahap antioksidan yang tinggi dalam buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama tempoh kehamilan, Ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. 
 
Selain itu, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing pada bayi.
 

3.KURMA

 
 
Buah kurma dapat menambahkan tenaga para ibu hamil dalam melakukan aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf malahan dengan memakan kurma dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. 
 
Selain itu kandungan gula dalam kurma tidak hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga malah dapat mengatasi masalah anemia (kurang darah). Buah kurma juga dikatakan dapat mengubati masalh sembelit.
 

4.MADU

 
 
Madu adalah makanan yang mengandung zat terutama fruktosa, glukosa, dan jenis gula lainnya, serta madu menyediakan banyak gizi dan bermanfaat bagi kesihatan.
  • Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata
  • Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
  • Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan.
  • Menambah nafsu makan bagi ibu hamil.
  • Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
  • Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  • Serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  • Bahkan penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

5.SUSU KAMBING

 
Susu kambing bagus diamalkan oleh ibu mengandung. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Dengan mengamalkan minum susu kambing, ibu mengandung mendapat bekalan kalsium yang lebih sekaligus menggalakkan pembekalan kalsium yang cukup untuk bayi malah mengelakkan masalah kejang kaki pada wanita itu sendiri.
 
Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit.
 
Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.
 

BAGAIMANA INGIN PASTIKAN DIET SEIMBANG KETIKA HAMIL?

Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu. Sedangkan sepanjang kehamilan memerlukan diet yang seimbang dan sihat. Jadi apabila wanita hamil tidak mendapat keperluan nutrisi yang diperlukan, terdapat beberapa komplikasi yang akan terjadi termasuklah : 
  1. Darah rendah masa mengandung
  2. Kaki kejang malam malam
  3. Morning sickness tahap melampau sampai sehingga kerap MC
  4. Kulit kusam, tak berseri, dan timbul stretch mark yang banyak
  5. Anak dalam kandungan tak dapat zat yang sepenuhnya sehingga boleh menggangu tumbesaran

Kenapa perlu Makan Vitamin Ketika Hamil?

Walaupun anda makan makanan yang berkhasiat ketika hamil , mengapa anda perlu mengambil vitamin pranatal ( kehamilan)?

” Walaupun seorang wanita mengamalkan diet yang ‘ sempurna ‘ , ia adalah hampir mustahil untuk mendapatkan beberapa nutrien dalam jumlah yang diperlukan semasa kehamilan , seperti zat besi dan asid folik ” Bridget Swinney registered dietitian

Bagi wanita yang tidak makan semua sayur-sayuran , vitamin pranatal boleh di anggap sebagai ” polisi insurans , ” menyediakan nutrien yang hilang di dalam diet seharian.

Ibu hamil memerlukan lebih banyak zat besi kerana isipadu darah anda mengembang semasa mengandung .

Zat Besi adalah komponen penting hemoglobin ( bahan yang membawa oksigen dalam darah anda) . Jika diet anda tidak mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi yang cukup , seperti daging merah , kuning telur , dan sayur-sayuran berdaun gelap , badan anda akan menarik zat besi yang tersimpan di dalam sum-sum tulang . Ini boleh mengakibat menjadi anemia .

Zat Besi adalah penting terutamanya semasa trimester terakhir kehamilan ,di mana keperluan bayi adalah yang paling optimum (Roy Pitkin , MD, Committee on Nutritional Status During Pregnancy and Lactation)

6 jenis Vitamin yang WAJIB ibu Hamil Ambil

1 : Vitamin B12

Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.

Sangat perlu dalam pembentukan sel darah untuk kebaikan bayi yang dikandung.

2 : Folik Asid

Untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi. Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari. Ada beberpaa kajian yang menunjukan Kekurangan Folik Asid boleh sebabkan bayi sumbing.

3 : Vitamin C

Vitamin C bantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun. Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.

4 : Vitamin D

Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

5 : Kalsium

Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.

Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanana kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.

Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.

6 : Zat Besi

Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.

Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip tau sebab kalau tak cukup zat besi ni boleh sebabkan masalah hb rendah pada ibu.

Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan.

SET IBU HAMIL SHAKLEE

1. B COMPLEX (ASID FOLIK)

 
 
B-Complex dilengkapi dengan asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.
 

2. VITAMIN C

 
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus  ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.
 
Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin ini setiap hari – ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit.
 
Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
 
Vitamin C adalah anti oksida yang membantu badan ibu yang mengandung jika mempunyai toksin semasa kehamilan.
 
Vitamin C mempunyai kebaikan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun.
 
Selain itu, Vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.
 
Vitamin C turut membantu ibu mengandung yang ada asma, alergik atau alahan, senang sakit, selalu selsema dengan menguatkan anti bodi dan melawan pengoksidaan dan mengurangkan sakit muscle dengan membantu penghasilan kolagen.
 

3. OMEGA GUARD

 
 
Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi
OmegaGuard membekalkan EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.
 
Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.
 
OmegaGuard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.
 
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. 
 
Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang
 

4. VITALEA 

 
 
Kepelbagaian Khasiat Vita-Lea, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh ibu hamil
 
Pengambilan harian Vita-Lea
  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas
Vitalea membekalkan multivitamin yang dirumus khas dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting termasuk zat besi dan juga asid folik (dalam bentuk folate) yang perlu untuk kesihatan optimum ibu serta memastikan ibu sentiasa bertenaga.
 
Ibu sangat digalakkan mengambil vitalea untuk menampung keperluan nutrisi sepanjang kehamilan lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai hemoglobin (hB) yang rendah atau anemia.
 

5. ESP PROTEIN

 
 
 
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
Di sepanjang kehamilan, ibu mungkin akan mengalami pedih ulu hati terutamanya bagi yang sering diserang gastrik. Energizing Soy Protein atau pun lebih dikenali sebagai ESP dapat membantu ibu mengatasi masalah tersebut di samping mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai diabetes ketika hamil.
 
ESP membantu untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Protein yang mencukupi dalam badan penting untuk membantu pembinaan blok-blok asas badan bayi dan juga ibu. Ia juga membantu dalam penghasilan susu ibu.
 

6. OSTEMATRIX (KALSIUM)

 
 
Lindungi tulang anda dengan OsteMatrix padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membentuk tulang dan gigi yang kuat
4 kaplet OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium
Kalsium merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding mineral lain. Mengapa kalsium sangat diperlukan sepanjang kehamilan?
 
Semasa hamil, keperluan ibu terhadap kalsium sangat tinggi dan perlu diberi perhatian utama. Fungsi kalsium sangat penting terutama dalam pembentukan tulang dan gigi janin dalam kandungan. Jika ibu kekurangan kalsium ketika hamil maka pertumbuhan tulang dan gigi bayi akan terganggu. Bahkan ibu hamil juga berisiko mengalami masalah osteoporosis lebih awal.
 
Dianggarkan sebanyak 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang. Apabila kalsium yang diambil setiap hari berkurangan daripada keperluan maka kalsium dari tulang akan dilepaskan mengikut keperluan kalsium pada hari itu. Namun, jika pengambilan kalsium cukup setiap hari maka tulang akan tumbang dan menjadi kuat.
 
Keperluan kalsium ibu hamil setiap hari meningkat berbanding wanita tidak hamil. Ibu memerlukan kalsium sehingga 1,200 mg setiap hari berbanding hanya 400 mg bagi wanita normal. Selain dari itu kalsium juga penting bagi mengelakkan masalah pra eklampsia.
 
Kalsium juga dapat melindungi bayi dalam kandungan serta mengelakkan risiko anak mengalami hipertensi. Jadi, ibu yang mengandung perlu mengambil berat pengambilan makanan mereka setiap hari. Pastikan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, keju, ikan salmon dan lain-lain lagi masuk dalam senarai menu harian sepanjang hamil.

TIADA ALAHAN DAN CERGAS BERTENAGA KETIKA HAMIL DENGANSET HAMIL SHAKLEE

Pengalaman mengamalkan set hamil Shaklee memberi satu pengalaman indah lebih-lebih lagi pada kehamilan ke tiga dan usia pun dah memasuki 30-an. Apa yang saya gembira sangat-sangat, saya tidak mempunyai sebarang alahan dan saya hamil juga tidak disedari oleh rakan sekerja kerana tiada sebarang tanda saya sedang hamil pun. Sentiasa cergas, tidak pernah ambil cuti sakit dan kerja berjalan seperti biasa.

.

Kenapa saya konsisten mengamalkan setiap vitamin Shaklee ini? Selain saya telah merasai kesan yang sangat-sangat positif terhadap diri saya sejak mengamalkan supplement secara konsisten dari penghujung tahun 2012, saya tahu badan saya memerlukan setiap nutrisi yang ada dalam supplement yang saya amalkan ini lebih-lebih lagi saya sudah mempunyai dua orang anak sebelum ini, seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama saya juga seorang pelajar di sebuah institusi pendidikan awam.
.

Jadi saya perlu memastikan diri saya sentiasa cergas, sentiasa sihat bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk suami dan anak-anak yang memerlukan saya sentiasa ada dengan mereka dalam apa jua keadaan.
.

Semasa kehamilan anak ke 2,saya disahkan mengidap kencing manis semasa hamil tetapi alhamdulillah,hamil anak yang ke 3 ini,saya bebas dari terkena kencing manis semasa hamil. Jika dulu hb saya sangat-sangat low dan pernah bacaan sehingga 8.6 dan terpaksa berulang alik berjumpa doktor pakar diklinik, tetapi syukur sangat-sangat kali ini bacaan hb saya sangat-sangat baik. 
.

Semoga perkongsian saya ini boleh membantu ibu-ibu diluar sana supaya menjaga kesihatan kita bukan sahaja semasa hamil tetapi sepanjang masa dan secara konsisten dan berdisiplin bagi memastikan seisi keluarga kita dapat menjalani kehidupan yang lebih cergas dan lebih sihat.

NAIKKAN HB DALAM MASA 11 HARI

Assalamu’alaikum.. Nama saya Aina dan sekarang tengah mengandung anak kedua. 

.

Bila mengandung je mesti orang akan kaitkan dengan masalah hb rendah kan? Masa aina mengandungkan anak pertama dulu, aina juga tidak terlepas dengan masalah hb rendah. 
.

Obimin tak pernah miss. Iron tablet yang KK bagi pun ambil juga. Tapi hb tetap 10 ke bawah. Sampai banyak kali kena marah dengan nurse. 
.

Bila mengandung kali kedua, aina dah mula mengamal supplement set hamil Shaklee. Alhamdulillah setakat sehingga kandungan 5 bulan, hb aina masih di paras normal. 
.

Tetapi di usia kandungan 6 bulan hb aina mula drop jadi 10.8. Nurse mula suruh up kan dose iron tablet sehingga 4 biji sehari. 
.

Jadi aina balik rumah dan kaji semula kenapa hb aina boleh turun. Kerana vitalea sepatutnya dapat membantu naikkan hb. Bila dikaji, aina buat kesimpulan memang salah diri sendiri. Kadang-kadang terlupa nak ambil vitamin. Tak pantang cafein (antara punca hb aina turun). Dan cara aina ambil vitalea tu sendiri pun salah.
.

So aina buat research sendiri macam mana cara betul nak consume vitaminShaklee supaya badan boleh serap sepenuhnya dan sekaligus naikkan hb.
.

Selepas aina tukar cara pengambilan vitalea dan vitamin c, kurangkan pengambilan cafein, alhamdulillah dalam masa 11 hari je hb aina naik mendadak.
.

Sampai nurse pun tanya makan vitamin ape dan macam mana cara aina ambil sehingga hb naik mendadak. Rasa lega sangat bila tengok result hb sendiri. 
.

Bukan itu sahaja antara kesan lain bila aina mengamalkan set hamil Shaklee, kaki aina tak pernah cramp malam-malam. Berbanding dengan mengandung kali pertama dulu, hampir tiap-tiap malam kejutkan suami kerana kaki cramp. 
.

Kemudian masalah sembelit pun tiada. Kalau dulu bercinta nak pergi toilet, sekarang setiap pagi, sudah menjadi rutin wajib pergi ke toilet. 
.

Dan paling best, masa mengandung kali pertama dulu, setiap bulan berat akan naik dengan banyak sehingga menyebabkan rasa sakit pada tapak kaki. Tapi alhamdulillah mengandung kali ini, kenaikan berat badan sangat terkawal setiap bulan. 
.

Alhamdulillah, bila konsisten dengan set hamil shaklee, tempoh mengandung rasa sangat mudah dan bertenaga. InsyaAllah lepas bersalin akan sambung dengan set pantang Shaklee pula. Terima kasih Allah kerana temukan aina dengan Shaklee.

BACAAN HB PEMBAWA THALASEMIA JENIS BETA MENINGKAT DENGAN SET HAMIL SHAKLEE

Hai semua! Nama saya Olivia Jessica Andrew dari Beaufort Sabah. Mengenali Shaklee sejak tahun 2013 lagi. Kali ni saya kongsikan cerita semasa mengandung anak kedua saya Awon.

.

Bila mengandung anak kedua saya mengalami HB low lebih teruk daripada mengandung anak pertama. Saya terpaksa tukar ubat penambah darah sehingga 3 kali. Sembelit semakin teruk walaupun telah makan Ostematrix.
.

Saya jaga makan dan terpaksa menelan hati ayam walaupun tekak tidak boleh menerima. Saya ambil set lengkap kehamilan juga masa tu kecuali Vitalea Iron Formula sebab tidak yakin sebab saya pembawa talasemia jenis Beta. Bacaan HB semakin teruk sehingga masuk hospital kerana denyutan jantung yang cepat.
.

Akhirnya kerana tidak tahan, saya beranikan diri bertanya kepada doktor tentang vitalea iron formula. Doktor memberi kebenaran. Gembira hati saya.
.

Walaubagaimanapun, semasa saya mula ambil vitalea iron formula tu pada bulan ke 8; di mana sudah jadi seminggu sebelum bersalin. Bacaan HB saya naik setiap minggu terakhir daripada 9.5 hingga 11.
.

Mengandung anak kedua ni juga saya jarang kejang kaki waktu malam daripada mengandung anak pertama. Mungkin sebab saya makan ostematrix juga.
.

Vitamin set full kehamilan ni boleh ambik semasa berpantang dan sebagaiset menyusu juga. Buktinya, anak saya Awon masih menyusu sekarang sudah 3 tahun. Syukur sangat kenal vitamin Shaklee ni.

NAK DAPATKAN SET IBU HAMIL SHAKLEE DENGAN HARGA SUPER DUPER JIMAT?

  1. SMS/Telegram/Whatsapp 012-6716961
  2. Masuk ke Fanpage AlmariCantik dan PM admin

Penghantaran menggunakan service currier GDEX/CITYLINK/POSLAJU dengan kadar tetap penghantaran RM10 sahaja ke Semenanjung termasuk Sabah Sarawak

BELI SHAKLEE GUNA KAD KREDIT?

Bagi anda yang nak beli Shaklee menggunakan kad debit/kad kredit, anda boleh klik ikon yang terdapat di setiap artikel seperti di bawah ini. Penghantaran akan dibuat sepenuhnya oleh pihak Shaklee ke alamat anda.

CASH ON DELIVERY

Jika anda lebih beminat untuk dapat Shaklee secara Cash On Delivery, anda juga boleh hubungi kami di nombor seperti di atas. 

Kawasan penghantaran untuk COD termasuk :

  • Seremban
  • Seremban2
  • Seremban3
  • Senawang
  • Nilai
  • Taman Tunku Jaafar
  • Taman Paroi Jaya
  • Ampangan