Sembelit Di Kalangan Kanak Kanak Apabila Si Manja Sukar Atau Terpaksa Meneran Ketika Membuang Najis

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Sembelit Di Kalangan Kanak Kanak Apabila Si Manja Sukar Atau Terpaksa Meneran Ketika Membuang Najis

September 22, 2017 Uncategorized 0
Walaupun ramai ibu bapa
memahami makanan bernutrisi boleh membantu menjaga si manja supaya kuat dan
kurang terdedah kepada sakit, tetapi masih ada yang terlepas pandang akan
kepentingan penghadaman dalam aspek itu.
Sistem penghadaman
bertanggungjawab mencerna makanan supaya badan dapat menyerap nutrien. Oleh
itu, penghadaman yang baik memainkan peranan penting dalam membina daya
ketahanan semula jadi si manja terhadap penyakit.
Namun, sistem penghadaman bayi
mengambil masa kira-kira setahun untuk menjadi matang. Oleh itu, jenis makanan
dan waktu ia diberi kepada bayi boleh memberi impak kesihatan kepada sistem
penghadaman mereka yang kompleks dan sensitif.

Ramai ibu bapa yang
terlalu risau mengenai pergerakan usus anak dan kebimbangan ini bermula sejak
anak masih bayi lagi terutama setiap kali ketika menukar lampin. Ibu bapa risau
jika anak mereka mendapat masalah penghadaman seperti sembelit.
TANDA TANDA SEMBELIT DI KALANGAN KANAK KANAK

Sembelit dalam kalangan
kanak-kanak adalah apabila si manja sukar atau terpaksa meneran ketika membuang
najis. Si manja juga mengalami kesakitan ketika membuang najis sehingga berlaku
pendarahan.
Malah, si manja juga dikatakan
mengalami sembelit apabila didapati kurang membuang najis daripada biasa dan
najisnya juga keras dan besar. Masalah sembelit ini jika tidak diatasi akan
menyebabkan si manja sakit perut, kurang selera makan, rasa terganggu, sedih
dan gelisah.

PUNCA KANAK KANAK SEMBELIT
1. PEMBERIAN MAKANAN PEJAL DI PERINGKAT AWAL
Sembelit dalam kalangan
kanak-kanak ini dikatakan berpunca daripada pemberian makanan pejal di
peringkat awal selepas tempoh eksklusif penyusuan badan yang mungkin tidak
mengandungi cukup serat untuk melancarkan pergerakan usus.
2. KURANG MINUM AIR
Selain itu, kanak-kanak yang
kurang minum air juga menyebabkan tubuh mereka menyerap cecair daripada
sebarang sumber termasuk cecair sisa kumuh dalam usus. Namun, penyakit atau
masalah kesihatan lain juga boleh menjejaskan fungsi penghadaman.

3. KURANG SELERA MAKAN

Kanak-kanak
yang mempunyai masalah penghadaman juga mudah rasa gelisah, tidak berminat
untuk bermain dan kurang selera makan. Kanak-kanak kecil mungkin kerap menangis
kerana ketidakselesaan dan kemungkinan tidak dapat belajar atau berinteraksi
dengan baik.
Bagi mencegah masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak, beri mereka makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan, bijirin dan roti wholemeal dan galakkan mereka minum banyak air supaya najis menjadi lembut dan mudah dikeluarkan.
Oleh itu, adalah penting
masalah penghadaman seperti sembelit ini dikesan awal bagi mengelakkan ia
berlanjutan dan menjadi kronik. Ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat pakar
bagaimana menyediakan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak supaya tidak
mudah mendapat sembelit

sumber : hmetro 13 November 2016

PENGALAMAN SEORANG IBU YANG MEMPUNYAI ANAK SEMBELIT

Sebagai ibu, saya sangat susah hati melihat keadaan anakanda tersayang. Bahkan saya turut menangis setiap kali melihat ‘kesengsaraan’ yang beliau alami waktu itu. Keadaan menjadi bertambah teruk kerana anak sulung saya ini kurang gemar makan sayur.

Saya mencari banyak maklumat berkaitan vitamin untuk kanak-kanak yang dapat membantu masalah sembelit anak saya. Setelah saya melakukan pembacaan tentang testimoni dan kebaikan Meal Shakes iaitu multivitamin lengkap untuk anak-anak, saya pun membuat keputusan untuk cuba memberikannya kepada anak saya, Haziq.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur selepas beberapa lama memberikan Meal Shakes kepada beliau, saya perasan Haziq tidak lagi merasa takut untuk membuang air besar. Pada awal-awal amalkan Meal Shakes dulu, selang sehari atau dua hari pasti beliau akan membuang air besar dan secara tak langsung akan mengelakkan najis beliau menjadi keras.
Kalau sebelumnya dulu, pernah hampir 3 minggu dia tak ke tandas..kalau ke tandas pun, Haziq akan duduk dalam tandas berjam-jam lamanya setiap kali nak membuang. Dan setiap kali itu juga saya akan tunggu di luar pintu tandas, nak tahu apa masalahnya. Setelah saya perasan perubahan positif yang anak saya alami, saya pun bertanyakan beliau bagaimana keadaan beliau, adakah masih mengalami sembelit atau susah nak membuang air besar.

KINI DAH TAK RASA SAKIT LAGI NAK BUANG AIR BESAR

Haziq yang berusia lebih kurang 9-10 tahun ketika itu memberitahu saya, beliau tak alami masalah lagi sewaktu nak buang air besar. Tak ada rasa sakit lagi dan tak berlaku pendarahan lagi. Saya sangat bersyukur mendengar cerita anak saya ini kerana dengan izin Allah derita sembelit yang beliau alami sejak beberapa tahun akhir pulih dengan bantuan vitamin Shaklee iaitu Meal Shakes yang dah saya berikan pada beliau. Saya juga menggalakkan beliau untuk mengambil air kosong yang mencukupi setiap hari.

Sehingga kini saya masih terus memberikan anak-anak saya minuman yang dicampur dengan Meal Shakes. Haziq sangat aktif dengan pelbagai aktiviti ko kurikulum di sekolah mahupun di luar sekolah tanpa sebarang gangguan lagi. Kekadang, masalah sembelit memang akan memberi masalah kepada anak-anak kita untuk bergerak aktif dalam sebarang aktiviti. Dan sekiranya dibiarkan masalah sembelit itu, ia boleh membawa kepada satu lagi masalah yang berkait iaitu buasir.
Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.  Sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.
Kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan.

CARA PEMBELIAN MEALSHAKES

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET KANAK KANAK ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian 200uv POINT. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 



Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *