Remaja 13 Tahun Hidap Kencing Manis Kronik Gara Gara Minuman Bergas

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Remaja 13 Tahun Hidap Kencing Manis Kronik Gara Gara Minuman Bergas

October 22, 2017 Uncategorized 0
Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti. Di Jasin Melaka, kegilaan seorang remaja berusia 13 tahun
terhadap air minuman bergas sejak kecil akhirnya memberi kesan buruk apabila
dia kini mengidap penyakit kencing manis kronik. 
Penderitaan itu dialaminya sejak lima tahun lalu sehinggakan dia  terpaksa
melupakan alam persekolahan apatah lagi menduduki Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR).
“Saya suka minum minuman bergas sejak kecil. Lebih-
lebih lagi dulu ada sebuah kedai runcit berdekatan rumah, jadi memang setiap
hari saya akan beli air bergas. Tapi tak sangka akhirnya membuatkan saya jadi
begini. Memang pada mulanya ia hanya luka kecil di tapak
kaki tapi kaki semakin membengkak dan bernanah malah akan mengeluarkan bau yang
busuk,” 
Sementara itu, ibunya berkata
ketika usia anaknya 12 tahun, kedua-dua kaki anak keempat daripada lima beradik
itu hampir dipotong oleh doktor bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.

Dr zubaidi juga antara yang sudah ‘mengharamkan’ air gas dari masuk dalam rumah. Beliau berpendapat remaja harini menjadikan minuman bergas itu sebagai minuman harian yang biasa. Ini kerana mereka lahir dalam sistem pemakanan yang salah, maka mereka menganggap semua pemakanan yang salah ini sebagai biasa.
“Bila anak kita lahir, air bergas ini sudah ada.
Mereka didedahkan pada air bergas ini seawal umur 7 tahun. Jadi mereka
menganggap bahawa minum air gas ini sesuatu yang biasa dan tidak salah.”

Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula. Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap. 

BAHAYA MINUMAN BERGAS

  • Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.
  • Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.
  • Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.


PERANAN IBUBAPA ELAK ANAK MINUM MINUMAN BERGAS

Ibu bapa  perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat. Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *