Miskin Mulia, Kaya Ke Neraka?

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Miskin Mulia, Kaya Ke Neraka?

May 5, 2017 Uncategorized 0
Tempoh hari saya ada dpt forwaded message, antara lain memberitahu bahawa srg Muslim tak sepatutnya mengumpul harta sbb harta adalah Firaun punya. Muslim should be happy to be poor.
Sedih pula saya baca mesej itu. Ia dgn mudahnya ditranslate sebagai “Buat apa ko nak kerja rajin2… jgn jd mcm Firaunlah”.
1. Islam menyuruh kita memuliakan org miskin, tp bukan dgn memuliakan kemiskinan. Semasa Islam mula2 berkembang di Tanah Arab, yg mula2 memeluk Islam ialah golongan miskin. Kenapa miskin? (Miskin ni betul2 takde duit, bkn setakat rasa takde duit tp ada Fesbuk) Coz org2 miskin sentiasa mencari perlindungan. Dan bila mereka ramai2 masuk Islam, Rasulullah memberi macam2 motivasi agar mereka tak rasa down & low self esteem lg. Cthnya hadis ttg org miskin masuk syurga dulu, org miskin ramai dalam syurga, semua itu memberi motivasi kepada mereka utk mengembalikan izzah dan jatidiri mereka yg sekian lama hilang.
2. Harta di tgn orang beriman akan dimanfaatkan. Duit yg sama boleh digunakan utk bina sekolah, boleh juga utk bina kelab hiburan. Kalau duit tu dimiliki orang beriman, sanggup ke dia bina kelab hiburan?
3. Islam suruh umatnya jd proaktif dan progresif. Kalau kita masing2 miskin papa kedana, macamana nak jadi proaktif? Hari2 fikir makan anak beranak cukup ke tak…. hari2 fikir perut-perut yg nak diisi… sempat ke nak fikir ttg benda lain? Kalau kita sendiri pun lapar, mampu ke kita fikir “Macamana aku nak bg bantuan makanan kat 100 orang ye”. Yang beri makanan percuma kepada homeless tu orang miskin ke?
4. Rasulullah pun miskin katanya… Betul ke Rasulullah miskin? Rasulullah dan para sahabat yg kaya-raya MEMILIH utk hidup serba sederhana, baju pun satu dua lai je krn mereka MAMPU BUAT PILIHAN. Bila kita ada RM10, kita mampu buat pilihan utk beli kuih harga rm10, atau kuih harga rm1. Tapi kalau ada rm1, kita cuma boleh beli yg rm1 je, takleh nak pilih2 dh.
5. Bila kita mampu berdikari, kita tak lagi bergantung pada orang lain, dan kita tidak lagi memiliki victim thinking. Jiwa lebih tenang, dan rasa lebih dekat dgn Tuhan. Hati lebih happy dan riang.
Islam itu thabat & murunah. Justeru kita kena ada pemikiran yg sihat & ilmu asas yg mantap utk faham benda2 ni so that kita boleh wasatiah. Mana nak dapat ilmu tu? -Pegi belajar. Belajar kena ada yuran. Kalau takde duit macamana nak bayar yuran?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *