Langkah Cegah HFMD Dan Ini Tanda Awal HFMD Yang Ibubapa Perlu Ambil Serius

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Langkah Cegah HFMD Dan Ini Tanda Awal HFMD Yang Ibubapa Pelu Ambil Serius. HFMD dikenali sebagai penyakit tangan, kuku dan mulut sangat dibimbangi dikalangan ibu dan bapa. Jangkitan HFMD yg melibatkan virus EV71 boleh menyerang paru paru dan otak kanak kanak

Penularan penyakit Hfmd berlaku secara sentuhan langsung kepada cairan hidung, air liur, lepuh atau najis kanak kanak yg telah dijangkiti.

Penyakit ini sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan Persekitaran. Kebiasaannya HFM hanya berlaku kepada kanak kanak berusia 7 tahun kebawah. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anak anda dijangkiti HFMD?

TANDA AWAL HFMD IBUBAPA PERLU AMBIL TAHU

  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

 
 
 

BUDAK MAUT AKIBAT HFMD

DIA tiba-tiba berubah menjadi lemah sedangkan sebelum itu sangat aktif,” kata Mastura Ali, 33, ibu kepada kanak-kanak lelaki, Farhan Lukman Abdullah, 2, yang meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Sebelum itu, dia memang aktif dan sering bermain bersama kakaknya. Malah arwah juga rapat dengan anak saudara saya yang lain.

“Bagaimanapun, selepas dijangkiti penyakit tersebut, keadaannya mula lemah dan tiada selera makan. Pada waktu malam pula, dia sering menangis dan tidak boleh tidur lena,” katanya.

Katanya, Farhan dikejarkan ke Hospital Daro tiga hari lalu, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.

LANGKAH PENCEGAHAN HFMD ELAK MEREBAK

Menurut kenyataan KKM, penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak, terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska atau tadika.Oleh itu, KKM menasihatkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan untuk mengamalkan langkah-langkah seperti berikut. 

  1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/ pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh/merawat lepoh
  4. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.v. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul
  5. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.
  6. Tutup mulut dengan tisu ketika bersin atau batuk Jangan berkongsi barang2 peribadi seperti cadar, berus gigi, sabun dan sebagainya
  7. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari luar sebelum bermanja dengan anak
  8. Cuci alat mainan, kerusi, meja yang terkena air liur anak

Sumber – http://www.astroawani.com

Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu. 

Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.

Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard dan lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa. Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.

 

JAGA KEBERSIHAN ELAK HFMD MEREBAK

Jika anda mengetahui ada berlaku jangkitan dipersekitaran anda, mulakan langkah berjaga jaga dan ambil langkah langkah untuk mencegah dari anak anda dijangkiti

Antara yang sangat membantu ialah:

  • FRESH LAUNDRY – Pencuci baju dari Shaklee ni memang antara yang terbaik sebab sangat membersihkan baju dan tak ada bahan kimia merbahaya selain daripada mesra alam sekitar
  • GENTLE WASH – Yang ni sangat lembut pada kulit dan tak keringkan kulit lansung. Untuk siapa yang anak dah kena HFMD, ianya sangat lah membantu untuk kurangkan gatal gatal pada kulit sebab tak keringkan kulit lansung
  • BASIC H – Yang ni memang benda wajib kena ada dekat rumah. Boleh guna untuk mop lantai dan cuci barang barang untuk matikan kuman dan untuk make sure bebas daripada kotoran dan kuman. Ibu2 yang anak dah kena HFMD, dinasihatkan untuk cuci semua barang mainan anak anak dengan Basic H untuk elak terkena lagi in future

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami

Regards, Pengedar Top Shaklee Malaysia,

http://jomtanyaisma.wasap.my

IG : @almaricantikdotcom

FB : Isma Lyeza

FB Page : AlmariCantik

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.