KESAN YANG DIALAMI WANITA YANG JATUH ORGAN PERANAKAN

Cantik Sihat Dengan Shaklee

KESAN YANG DIALAMI WANITA YANG JATUH ORGAN PERANAKAN

March 4, 2017 Uncategorized 0

KESAN YANG DIALAMI WANITA YANG JATUH ORGAN PERANAKA

JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari. JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj. Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi.

KENALPASTI TIGA PERINGKAT JATUH PERANAKAN

Peringkat
pertama
– Tahap yang pertama ialah apabila
rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj.
Peringkat kedua – Tahap kedua
pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj.
Peringkat ketiga – Manakala
tahap ketiga dikenalpasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

PUNCA PUNCA JATUH ORGAN PERANAKAN

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis
menjadi lemah, antaranya
1.  
Kehamilan dan bersalin
2.  
Usia dan menopaus
3.  
ObesitI
4.  
Ketumbuhan seperti fibroid yang besar
5.  
Batuk atau sembelit kronik.
Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat, keturunan seperti
Sindrom Marfan dan etnik, menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi,
pembetulan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.

KESAN YANG DIALAMI WANITA YANG JATUH ORGAN PERANAKAN

·        
Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami prolapse atau
peranakan jatuh akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar
untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Akan tetapi yang paling ketara ialah
mereka sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan
aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.
·        
Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran
pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut
ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan akibat kenikmatan melakukan
hubungan seksual akan terganggu.
·        
Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan
seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar
daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau
berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya,
sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu
menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.
·        
Gangguan kesihatan
Jika peranakan jatuh yang dialami itu
teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan
bergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan
dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang
banyak.

BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH JATUH ORGAN
PERANAKAN?

Kepada semua wanita di luar sana, tidak kira belum atau sudah
berkahwin, anda digalakkan Untuk mengambil langkah berjaga jaga bagi mencegah
masalah jatuh organ peranakan. Jadi di bawah adalah beberapa tips :
  1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan
    melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru,
    doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  2. Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman
    bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses
    pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan
    mengurangkan sakit belakanG
  3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik.
    Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari
    meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik
    air
  4. Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu
    tetapi bukan korset yang amat ketat
  5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari
    batuk yang kronik
  6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah
    perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

KAEDAH
RAWATAN BAGI MASALAH JATUH ORGAN PERANAKAN


Gegelang

Gegelang
digunakan untuk menyengkak peranakan supaya tidak jatuh ke dalam faraj. Bagi
wanita yang masih muda dan inginkan anak atau mereka yang sudah putus haid
tetapi memilih untuk tidak menjalani pembedahan pasti inginkan kaedah rawatan
ini. Ada pelbagai saiz gegelang, perlu dipakai setiap hari dan dicuci setiap
tiga hingga empat bulan sekali.
Pembedahan
Pembedahan
histerektomi (buang rahim) adalah pilihan yang terbaik. Bagi mereka
yang sudah menopaus dan mempunyai tahap kesihatan yang bagus. Pada masa
sama, pembedahan pada dinding depan dan belakang faraj boleh dilakukan serentak
jika perlu. Namun, wanita yang sudah putus haid tetapi tidak mempunyai tahap
kesihatan yang bagus, tidak sesuai menggunakan gegelang. Dan jika tiada
keperluan seksual, pembedahan kecil boleh dilakukan dengan menjahit kedua-dua
bibir faraj untuk menghalang peranakan daripada turun. Hanya lubang kecil
dibiarkan untuk membolehkan mereka membuang air kecil.
Bersenam
Aktiviti
ini baik untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan
selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita Malaysia.
Panduan untuk melakukan senaman atau gerak tubuh khas untuk otot lantai
punggung juga boleh dipelajari pakar fisioterapi anggota di hospital atau di
klinik swasta.
Ini
sangat penting kerana jika dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin,
pemulihan untuk kembali ke bentuk asal seperti sebelum hamil dapat dicapai dan
boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan gangguan yang
dikaitkan dengan rahim jatuh. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas
bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah
waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan
makanan yang seimbang, berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan
senaman tertentu.

ALTERNATIF UNTUK BANTU WANITA YANG JATUH PERANAKAN

Bagi wanita yang mula merasakan kesan kesan awal jatuh peranakan, mereka digalakkan untuk segera mencari alternatif supaya tidak menjadi lebih teruk sehingga menggangu kesuburan dan kebahagian suami isteri. Dalam Shaklee, antaran produk yang digalakkan untuk ambil adalah Alfalfa dan ESP

TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE BAGI MASALAH PERANAKAN JATUH

CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET SHAKLEE UNTUK MASALAH JATUH ORGAN PERANAKAN



CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET JATUH PERANAKAN ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan *ANDA BOLEH UNTICK MANA MANA YANG TIDAK PERLU*
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
IsmaLyeza
ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *