KENCING MANIS – Tips Turunkan Paras Gula, Elak Potong Kaki

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Kencing Manis merupakan penyakit yang paling digeruni. Jika tidak dirawat, boleh akibatkan anggota badan seperti kaki terpaksa dipotong. Teruskan pembacaan untuk tips turunkan paras gula pesakit kencing manis, elak kaki dipotong

Remaja 13 Tahun Hidap Kencing Manis Kronik Gara Gara Minuman Bergas

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti. Di Jasin Melaka, kegilaan seorang remaja berusia 13 tahun terhadap air minuman bergas sejak kecil akhirnya memberi kesan buruk apabila dia kini mengidap penyakit kencing manis kronik.

Penderitaan itu dialaminya sejak lima tahun lalu sehinggakan dia  terpaksa melupakan alam persekolahan apatah lagi menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

 

“Saya suka minum minuman bergas sejak kecil. Lebih-lebih lagi dulu ada sebuah kedai runcit berdekatan rumah, jadi memang setiap hari saya akan beli air bergas. Tapi tak sangka akhirnya membuatkan saya jadi begini. Memang pada mulanya ia hanya luka kecil di tapak kaki tapi kaki semakin membengkak dan bernanah malah akan mengeluarkan bau yang busuk,” 

 

Sementara itu, ibunya berkata ketika usia anaknya 12 tahun, kedua-dua kaki anak keempat daripada lima beradik itu hampir dipotong oleh doktor bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.

 

SEBAB LUKA KENCING MANIS LAMBAT SEMBUH

  1. Makan makanan yang sihat dan mengekalkan pemakanan yang baik akan membantu untuk mengawal tahap glukosa darah dan juga menyediakan vitamin dan nutrien
    penting untuk meningkatkan proses penyembuhan.
  2. Protein yang mencukupi, karbohidrat dan pengambilan vitamin C adalah faktor penting untuk membantu penyembuhan.
  3. Mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan berdaftar yang pakar dalam penyakit kencing manis, jika perlu.
  4. Berhati-hati dengan badan anda, terutamanya jika anda mengalami neuropati diabetes. Sentiasa memeriksa untuk luka terbuka atau titik tekanan yang boleh berkembang menjadi luka. Perhatikan tanda-tanda jangkitan.
  5. Dengan melibatkan diri dalam senaman aerobik biasa, keradangan kronik dapat dikurangkan. Senaman merendahkan paras gula dalam darah dan juga membantu dari segi pengurangan berat badan, satu lagi faktor dalam mengawal tahap glukosa darah terkawal.
  6. Kesihatan kardiovaskular adalah penting untuk mengekalkan peredaran darah yang baik untuk penyembuhan luka yang sedia ada
  7. Berhenti merokok untuk meningkatkan peredaran dan kesihatan secara keseluruhan.

 

KHASIAT TUMBUHAN UNTUK LUKA KENCING MANIS CEPAT SEMBUH CARA
SEMULAJADI

Anggur Muscadine

Anggur Muscadine mengadnungi antioksidan yang tinggi dan anggur muscadine ini terbukti dapat menurunkan risiko penyakit kronik. 

Lobak Ungu

Warna ungu pada lobak ini adalah disebabkan kandungan antioksidan yang berfungsi untuk melawan serangan radikal bebas yang jadi penyebab kepada kerosakan sel. Ianya sumber terbaik Vitamin A yang berfungsi sebagai anti radang dan mampu melawan banyak penyakit kronik seperti kencing manis. Serat tang terkandung dalam lobak ungu membantu menstabilkan paras gula dalam darah

Buah Elderbery

Buah ini cukup terkenal untuk melawan penyakit kerana kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C. Bioflavonoids dalam buah ini membantu sistem imun tubuh dengan menghalang virus dari terus merosakkan sel. Menurut kajian dalam Jurnal of international Medical Research, pesakit yang diberi makan elderbery, sembuh 4 hari lebih cepat berbading pesakit yang tidak diberi buah elderbery. 

TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE UNTUK KENCING MANIS