Hari Hari Cuci Baju, Pinggan Mangkuk, Ini Golongan Yang Terdedah Dengan Masalah Ekzema Tangan!

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Hari Hari Cuci Baju, Pinggan Mangkuk, Ini Golongan Yang Terdedah Dengan Masalah Ekzema Tangan!

September 25, 2017 Uncategorized 0
Pada zaman dulu, orang mencuci pakaian
di sungai tanpa menggunakan sabun. Agar kotorannya hilang, orang zaman dulu
harus menuangkan air ke pakaian yang akan dicuci. Setelah itu, pakaian harus ditenyeh tenyeh agar kotorannya hilang. Dan ada juga orang yang menggosokkannya ke papan cucian yang bergerigi. Semuanya dilakukan tanpa sabun! 
Hari ini, manusia dah terdedah dengan masalah ekzema tangan gara gara mencuci baju, pinggan mangkuk, dan macam macam lagi yang dedahkan kulit dengan bahan pencuci. Menurut Utusan bertarikh 5 September 2017, masalah kulit tangan pecah, kering, gatal dan berair memang akan menyebabkan rasa tidak selesa. Tangan terasa pedih apabila melakukan kerja-kerja rumah dan memasak, malah boleh menyebabkan kurang keyakinan diri apabila kulit tapak tangan kasar serta menggerutu.
Terdapat banyak sebab dan punca mengapa kulit tangan akan menjadi bermasalah, tetapi yang paling lazim ialah berhubung dengan ekzema tangan.
ANTARA GOLONGAN YANG TERDEDAH DENGAN MASALAH EKZEMA TANGAN
Menurut Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Kartini Farah Rahim, dianggarkan seramai lima hingga 10 peratus penduduk negara ini mengalami masalah ini.
“Tangan kita adalah organ yang paling selalu terdedah kepada air, sabun dan bahan-bahan kimia yang lain. Contohnya, bagi suri rumah, penggunaan pencuci baju, pencuci pinggan mangkuk, menyentuh air dan bahan-bahan mentah seperti makanan laut dan bawang putih, akan melembut serta merosakkan lapisan kulit atas yang akhirnya menyebabkan kerengsaan dan iritasi kulit.
Penggunaan sabun mandi dan syampu yang mengandungi kandungan SLS (sodium lauryl sulphate), bahan antibakteria dan bahan-bahan pencuci yang tinggi juga boleh menghakis kulit.
“Pekerja binaan bangunan dan operator mesin juga boleh mendapat masalah yang sama jika menyentuh simen dan tidak menggunakan perlindungan tangan seperti sarung tangan yang sesuai.
“Pekerja salun rambut selalu juga mendapat masalah ini kerana terdedah kepada pewarna rambut, syampu dan bahan kimia untuk rambut,” katanya.
Tambah Dr. Kartini Farah, antara mereka yang paling kerap mendapat ekzema tangan adalah wanita dalam lingkungan 20 hingga 30-an yang berhadapan dengan pekerjaan paling banyak menggunakan bahan pencuci (cleaner).
Pekerja-pekerja dalam sektor kesihatan juga boleh mendapat alahan kepada sarung tangan getah dan iritasi kepada antiseptik tangan yang mengandungi alkohol, chlorhexidine dan pelbagai bahan lain.
KANAK KANAK JUGA BERISIKO
“Selalunya, masalah ekzema tangan ini berlaku sebaik sahaja kita mula bekerja dan terpaksa berhadapan dengan bahan-bahan cucian berasid yang mengakibatkan kulit tangan tidak tahan, tetapi kanak-kanak dan orang dewasa juga mendapat masalah yang sama jika mereka pada asalnya memang sudah mengalami masalah ekzema ini sebagai contoh ekzema atopik.
Produk Kulit untuk bayi yang bakal masuk pasaran Malaysia tak lama lagi, antara produk yang selamat, organik dan sesuai untuk elak masalah kulit 
“Sekiranya mereka berhadapan dengan masalah ekzema atopik, apabila mereka menyentuh, menggunakan atau memakai sesuatu bahan yang boleh menyebabkan iritasi atau reaksi alahan, kulit tangan mereka akan bertindak balas dengan keadaan ini,” katanya.
TANDA TANDA ALAMI EKZEMA TANGAN
Tambah Dr. Kartini Farah, seseorang itu akan mengetahui bahawa dia mengalami ekzema tangan apabila sebaik sahaja menyentuh, menggunakan dan memakai sesuatu bahan. Kulit tangan akan mula berasa kering, tegang dan gatal. Selepas itu kulit akan kelihatan bintik-bintik merah yang gatal atau bersisik dan kelihatan pecah.
“Kadangkala tumbuh belon-belon (gelembung) air yang kecil-kecil yang terasa gatal dan lazimnya berada di tepi-tepi jari. Apabila ia digaru, kulit akan mula merasa pedih dan berair, dan kadangkala bernanah jika ada infeksi bakteria,” jelasnya.

ELAK TERKENA BAHAN PENCETUS EKZEMA
Individu yang berhadapan dengan masalah ekzema tangan, cara rawatan yang efektif mesti bermula dengan mengenal pasti dan mengelak daripada terkena bahan-bahan pencetus ekzema.
1. Apabila tangan sudah mendapat ekzema, semua jenis sabun dan pencuci boleh merengsakan penyakit itu, jadi tangan perlu ‘direhatkan’ sementara ia pulih.
2. Pemakaian sarung tangan yang sesuai, kering dan bersih boleh menolong menghalang bahan-bahan pencetus dari pada terkena kulit semula.
3. Kulit yang alahan kepada getah mesti menggunakan sarung tangan bebas getah atau lateks seperti yang diperbuat daripada vinyl atau nitrile.
4. Merendamkan tangan ke dalam air garam yang lembut selama 30 minit beberapa kali sehari – sumber 

KAEDAH MENCUCI
SECARA SEMULAJADI TANPA RACUN DAN SELAMAT UNTUK TANGAN
Sekarang, ramai je yang dah mula aware dengan bahan bahan pencuci yang boleh mencetuskan ekzema atau masalah kulit. Rata ratanya dah mula beralih kepada kaedah mencuci secara semulajadi yang lebih selamat pada kulit. Contoh macam 3 produk Shaklee ni, kita dah tak perlu risau lagi dah nak mencuci pinggan, baju dan sebagainya. Sebab dah terbukti selamat. 

1. Basic H2™
Organic Super Cleaning Concentrate

Setiap botol Basic H2 Organic Super
Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan
dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan
minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu,
mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. 
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja
Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan
    menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan
    kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di
    dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris
    yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding
    rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak
    meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

2. Dish Wash Concentrate
Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra
alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan
kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan
kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan
mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. Tapi Dish Wash Concentrate sangat istimewa sebab :
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan
    tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih
    lama
  • Menjadikan pinggan bersih
    berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk
    mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki


3. Fresh Laundry
Concentrate
Rasai kepuasan yang lebih
mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini
bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali
tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian
yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian
mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit –
punca lazim berlakunya tindak balas alahan.
Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa
tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh
merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan
hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak
nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal
serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

9 KEISTIMEWAAN PRODUK PENCUCI SHAKLEE
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh
    dibasuh
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya

CARA PEMBELIAN SET PENJAGAAN RUMAH

CARA 1

Anda boleh terus klik ke SET PENJAGAAN RUMAH ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *