GOUT – Kenali Punca Gout Dan Cara Rawatan Yang Berkesan

Cantik Sihat Dengan Shaklee

GOUT

Gout lebih banyak dideritai lelaki berumur 40-an ke atas berbanding wanita. Gout terjadi apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal seperti jarum pada sendi tubuh. 

Paras asid urik yang tinggi berlaku jika individu tidak menjaga pemakanan. Asid urik berlebihan akan diserap ke dalam darah masuk ke buah pinggang untuk dikumuh melalui air kencing. Parasnya akan meningkat sekiranya buah pinggang gagal mengumuhkan bahan buangan itu

Kesakitan akibat gout bukan kepalang dan kadang kala memerlukan suntikan tahan sakit. Gout juga boleh menjadi punca batu karang mudah terjadi.

APA ITU GOUT

Gout berlaku akibat tubuh gagal memproses protein. Makanan berprotin tinggi seperti ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh pengidap gout.Protin dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan menjadi air dan urea. Asid urik adalah berbentuk separa pejal. Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid separa pejal berkumpul pada celahan tulang dan akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout. Kristal batu gout ini boleh juga terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang

Gout lazimnya menyerang
 ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit apabila gout menyerang. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

TANDA SESEORANG ITU DISERANG GOUT

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

 

FAKTOR PENYAKIT GOUT

  • Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
  • Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
  • Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
  • Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkangout.
  • Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
  • Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid

 

KOMPLIKASI GOUT JIKA TIDAK DIRAWAT

Menurut Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

CARA CARA MENCEGAH GOUT

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Diet sayur sayuran
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan, elak melarat
  • Menjaga berat badan kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Elakkan mengambil minuman keras serta elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi seperti daging, makanan laut dan kekacang
  • Banyakkan bersenam dan banyak minum air.
  • Amalkan cara hidup sihat 
  • Hentikan pengambilan makanan dan minuman mengandungi fruktosa atau pemanis sirap jagung kerana ia adalah antara agen perosak hormon yang merbahaya. 

RESVERATROL DALAM TUMBUHAN JAPANESE KNOTWEED MAMPU MERAWAT GOUT

Tumbuhan yang bernama Japanese Knotweed yang berasal dari Asia inj banyak ditemui di Eropah dan Amerika Utara. Tumbuhan ini kaya dengan resveratrol.

Manfaat resveratrol antaranya:

  1. Sangat bagus untuk kesihatan kardiovaskular: resveratrol membantu mengelakkan penyumbatan pada arteri / salur darah. Berfungsi mengelakkan penyumbatan berlaku seterusnya mengelakkan dari serangan jantung.
  2. Resveratrol membantu menghalang pertumbuhan sel kanser
  3. Resveratrol membantu menjaga kesihatan mata.
  4. Sebagai perangsang testosteron: Testosteron adalah hormon seks lelaki. Bermula usia 30an hormon ini semakin berkurangan. Jadi dengan menambahkan hidangan resveratrol dalam pemakanan seharian dapat membantu masalah lelaki.
  5. Ketajaman Minda: aliran darah ke otak sangat lancar

Japanese knotweed merupakan salah satu bahan utama di dalam Vivix. Ia menjadi sumber utama resveratrol di dalam Vivix.

Kajian di Havard Universiti mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam anggur dan Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum) sebagai antioksidan terbaik untuk merendahkan paras asid urik dalam badan.

Vivix mengandungi kandungan reveratrol yang tinggi dan dapat membantu pesakit gout

RESVERATROL BANTU RENDAHKAN ASID URIK PESAKIT GOUT

Kajian di Havard Universiti mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam grapes dan Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum) sebagai antioksidan terbaik untuk merendahkan paras asid urik dalam badan. Vivix mengandungi kandungan reveratrol yang tinggi dan dapat membantu pesakit gout

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Clinical Rheumatology, 2014 Nov, 26, saintis mengkali keberkesanan resveratrol (salah 1 komponen Vivix) dalam merawat gout. Tikus yang disuntik dengan bahan untuk meningkatkan asid urik dalam darahnya. Ternyata resveratrol boleh mencegah keradangan dan bengkak sendi dan turut mengurangkan penghasilan asid urik daripada bahan yang disuntik tadi.

VIVIX MINUMAN KESIHATAN TINGGI RESVERATROL

"Sakit Tak Tertanggung, Suami Terpaksa Minta Doktor Suntikan Tahan Sakit"

penghidap gout pastinya tidak mahu menahan rasa sakit yang teramat sehingga tidak mampu bergerak dan mengerang kesakitan setiap hari. Jadi ramai penghidap gout memilih VIVIX kerana ianya antara cara rawatan gout yang selamat dan berkesan.

 

Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.

 

Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami

 

Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.

 

Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya.

 

Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan

 

Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut.

 

Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan

 

Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.

 

Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.

 

  • Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
  • Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
  • Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang

 

Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang  suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi.

TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE UNTUK MASALAH GOUT

BACAAN ASID URIK TURUN LEPAS SEMINGGU MINUM VIVIX

NAK DAPATKAN VIVIX UNTUK MASALAH GOUT?

Hai saya Ismaliza, pengedar Vivix Shaklee sejak 2013. Saya sendiri mengamalkan vivix untuk luka bersalin cepat sembuh. Nak dapatkan Vivix? Boleh terus order secara online atau pun Whatsap saya untuk details