Gangguan Halusinasi Antara Tanda Ibu Gila Meroyan Selepas Bersalin. Nah Ini Tips Untuk Elak Meroyan

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Gangguan Halusinasi Antara Tanda Ibu Gila Meroyan Selepas Bersalin. Nah Ini Tips Untuk Elak Meroyan

May 15, 2017 Uncategorized 0
Sekarang kita sering mendengar kisah atau kes kemurungan selepas bersalin dalam kalangan ibu muda. Adakah masalah ini satu penyakit atau masalah rumit? Benarkah ia boleh menjejaskan kesejahteraan ibu dan anak? Jom kita baca apakah gejala ibu yang gila meroyan selepas bersalin dan tips untuk mengelak daripada meroyan
Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihadapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional

APA ITU GILA MEROYAN?

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya. 
Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan. Daripada hasil kajian, sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan. Kajian tersebut turut mendapati ibu muda berpeluang berbual bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka masa dua minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stress yang dialami oleh ibu muda tersebut. 

GANGGUAN PERASAAN

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan. 
Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari selepas bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan. 

PSIKOSIS – GILA MEROYAN PERINGKAT PALING TERUK

Psikosis ataupun dipanggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Dalam kalangan 1000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang boleh diserang penyakit gila meroyan. Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat penyakit gila meroyan dalam dua minggu pertama selepas kelahiran. 

TANDA TANDA IBU GILA MEROYAN SELEPAS BERSALIN

  • Bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. 
  • Mereka sering merasa keletihan
  • Emosi tidak stabil dan berubah ubah. 
  • Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.
  • Mempunyai perasaan ragu ragu, bercelaru, merapu dan mengeluarkan fakta yang sukar diterima akal yang waras. 
  • Mempunya pelbagai kepercayaan karut dan delusi. 
  • Beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat
  • Beranggapan bayi mereka membawa sial
  • Mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara suara ghaib yang menyuruh mereka membunuh bayi mereka dan sebagainya

BAGAIMANA MENANGANI MASALAH GILA MEROYAN?

Bagi mengurangkan masalah tersebut, belajarlah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan kawan, keluarga atau bahan bahan bacaan sebelum mengandung. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja kerja seharian dan membantu penjagaan bayo dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah. 
Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas. 


TIPS MENGELAK DARI GILA MEROYAN SELEPAS BERSALIN


1. Banyakkan berehat

Ambil udara segar di halaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.
Tidur sewaktu bayi tidur.

Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
2. Makan makanan yang sihat dan seimbang

Pemakanan berkhasiat juga penting diberi perhatian untuk kembali cergas. Elakkan daripada tidak makan dalam tempoh masa yang panjang. Makanan seimbang dapat menghindarkan diri daripada cepat letih dan tidak bertenaga.

3. Bergaul dengan ibu-ibu lain

Fahami dan pelajari tanggungjawab sebagai ibu daripada kawan-kawan yang berpengalaman, keluarga dan bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi. 
4. Berfikiran positif
Bukan kita sahaja wanita yang mengalami waktu berpantang di dunia, fikir bagaimana mama kita berjaya membesarkan kita. Ibu kita boleh menjadi motivasi terbaik buat kita. Sentiasa bersikap positif pada diri sendiri dan paling penting sentiasa mengingati Allah dengan selawat dan berzikir

BAGAIMANA PENGAMBILAN VITAMIN MAMPU MEMBANTU MENGELAK RISIKO GILA MEROYAN 

Ibu yang bersalin akan mengalami luka luaran dan dalaman termasuk di bahagian rahim. Pengambilan supplement dapat membantu mempercepatkan prosese penyembuhan dan mengembalikan tenaga kepada ibu. Jadi secara tidak langsungnya akan mengurangkan tekanan kepada ibu yang bersalin.

OSTEMATRIX
  • Membekalkan Kalsium, Magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Komponen utama susu ibu selepas protein. 
  • Mencegah sembelit dan stress pada ibu. 
  • Membantu mencegah sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan kerana menyusu badan.

B COMPLEX
  • adalah Anti Stress pada ibu berpantang.
  • Si ibu lebih tenang 
  • Membantu tubuh ibu hasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan anak. 
  • Seluruh tubuh lebih bertenaga dan cergas
  • Membantu kekalkan kelembapan kulit
VITAMIN C 
  • Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit 
  • Membantu penyembuhan luka jahitan 
  • Bagus untuk kulit yang cantik. Terlibat dalam pembentukan kolagen bawah kulit.
  • Anti oksidan yang bagus penghalang kanser

VITALEA
  • Melengkapkan keperluan vitamin harian tubuh dengan 23 jenis mineral dan vitamin 
  • Membekalkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah yang berkualiti supaya badan lebih bertenaga. 
  • Mengelakkan berlakunya anemia

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membekalkan 20 jenis asid amino untuk pembinaan sel baru dan menyembuhkan luka
  • Rasa kenyang lebih lama dan badan rasa bertenaga
  • Membantu mengembalikan kesihatan kulit
  • Membanyakkan susu ibu
VIVIX – TONIK TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG


Anggur Muscadine mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel dari pada kerosakan akibat serangan radikal bebas. Munurut Havard School of Public Health, makan makanan yang kaya antioksidan trerbukti dapat menurunkan risiko penyakit kronik, memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
Buah Elderbry dalam vivix, kaya dengan sumber vitamin C dan A yang sangat penting untuk membantu tubuh mengekalkan kesihatan yang optima. Bioflavonoids dalam elderbery membantu sistem imun tubuh dengan meningkatkan paras antioksidan dan menghalang virus yang merosakkan dinding sel. Pengambilan dos yang betul setiap hari akan membantu tubuh mencegah segala macam penyakit kronik dan kita boleh elakkan dari penyakit gila meroyan selepas bersalin!


TESTIMONI PENGGUNA SET BERPANTANG. RASA BERTENAGA DAN TAK LETIH


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE 



CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET BERPANTANG ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. (Sila gunakan cara 2 jika terdapat produk yang tiada stok apabila anda klik tersebut)

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian dua botol VIVIX. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 

IsmaLyeza
Visit my ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *