ENDOMETRIOSIS – Punca Wanita Sukar Hamil Dan Tidak Subur

Cantik Sihat Dengan Shaklee

ENDOMETRIOSIS

Selama ni tak pernah tahu pun endometriosis tu sangat sangat sakit sebenarnya. Ada yang endometriosis dia kat paru-paru, sampai paru-paru bocor. Sangat membahayakan nyawa. Perkongsian beberapa wanita penghidap endometriosis, memang sakitnya tak tergambar. Sampai ada yang bila sakit, terus lari menyorok sebab taknak orang nampak sakit dia tu. Allah..

APA ITU ENDOMETRIOSIS?

Endometriosis adalah penyakit yang mana tisu yang selalunya tumbuh di dalam rahim (endometrium) tetapi tumbuh di luar rahim. Selalunya terjadi di dalam ovari, tiub Fallopio dan tisu di sekeliling rahim.

Memandangkan implan ini terbentuk di luar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan. Lama-kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk sista serta menyebabkan perekatan yang menyukarkan kehamilan.

Bagi wanita yang berjaya hamil walaupun mengalami endometriosis, mereka juga mengalami banyak kepayahan apabila kandungan gugur atau hamil di luar rahim.Mereka juga berisiko mengalami komplikasi di penghujung kehamilan seperti saluran rahim tersumbat dengan plasenta yang boleh menjejaskan kelahiran, pendarahan dan kandungan pramatang.

BAGAIMANA ENDOMETRIOSIS BOLEH JADI PENYEBAB SUKAR HAMIL

1. Penyakit endometriosis disebabkan tumbuhan tisu dinding rahim, endometrium diluar rahim. Biasanya dibelakang rahim, ovari dan saluran fallopian , bila tumbuh dalam ovari ia menjadi cyst, endometrioma atau chocolate cyst. 
 
2. Setiap bulan waktu haid , endometriosis akan berdarah dan darah melimpah dikawasan belakang rahim dimana percantuman benih dan telur berlaku. Benih2 suami dan telur isteri akan musnah akibat darah haid. Akhirnya gagal untuk hamil. 
 
3. Darah haid mencetuskan proses inflamasi yang boleh merosakkan ovari, saluran fallopian dan rahim sebab parut and lekatan. Peranakkan boleh lekat pada usus dan dinding rongga punggung mengakibatkan gangguan kesuburan serta sakit senggugut teruk. Bila hamil mudah diancam gugur pula.
 
4. Dipercayai limpahan haid kebelakang rahim berlaku kepada ramai gadis khususnya mereka yang rahimnya retroverted atau pintu rahim sangat sempit. Ini mungkin berlaku sejak akil baligh. Pertahanan badan boleh menangkis ancaman tisu darah haid. Tapi bila immunity turun sebab tidak cukup makan sayur dan buah2 disertai dengan mental dan fizikal stress, tisu2 endometrium mula tumbuh diluar rahim. Jadilah penyakit endometriosis. 

PUNCA WANITA SEKARANG SENANG DAPAT ENDOMETRIOSIS

Menurut Dr Hamid Arshat, ada beberapa sebab wanita sekarang dapat penyakit bahaya yang pelik pelik ni. Ni antara sebab sebab yang doktor highlight. Lebih kepada tak jaga pemakanan lah senang cerita. 

  • Suka makan fast dan junk foods, makan diperoses dan diawet.
  • Terlalu minat makanan2 goreng, manis bergula dan penuh karbohydrat.
  • Tidak suka makanan2 tradisional – ubi keladi keledek; sayur2 pucuk2 paku ,ubi cekor manis, daun turi 
  • Air kelapa, nenas dan papaya tidak diminum dan dimakan
  • Terlalu minat burger, hot dog, nuggets kentang goreng. Minuman2 bergas cola dll.
  • Terlalu stress hidupnya.
“Saya risau kerana semakin ramai wanita yg dilanda penyakit endometriosis yg amat teruk iaitu stage 4, dimana rahim jadi rosak sebab tumbuhan adenomyosis. Saya percaya punca utama ialah makanan yg tak sesuai yg diperoses, guna pengawet perisa dan pemanis, serta tabiat tak suka makan sayur dan buahan. Faktor stress yg melanda kehidupan kita masakini juga menyebabkan endometriosis dan adenomyosis sampai ketahap sangat teruk, Yg menyedihkan ada yg dalam umor 20an dah rosak peranakkan”
Dr Hamid Arshat
Doktor Pakar Sakit Puan

SIMPTOM PENGHIDAP ENDOMETRIOSIS

Statistik global menunjukkan kira-kira 176 juta wanita seluruh dunia menderita endometriosis. Simptom seperti senggugut teruk, pendarahan teruk, letih, kesakitan ketika atau selepas hubungan seks.

Endometriosis sering juga disalah anggap sebagai sindrom prahaid (PMS) atau senggugut teruk. 

Hampir 70 peratus kesakitan berlaku ketika waktu haid, sakit ketika melakukan hubungan seks dan ketika membuang air kecil atau besar.

Selain itu akan berasa loya, pengsan,  muntah, sembelit, kembung, kebas, sejuk kaki dan tangan, haid yang sedikit dengan warna hitam dan coklat
 
Sekiranya tidak dikesan lebih awal dan tiada rawatan diberikan, ini akan menyebabkan struktur organ di pelvis beralih dari kedudukan asal.
 
“Setiap kali senggugut, saya hanya terbaring kerana sukar bangun, perlu memakai stokin dan berselimut kerana badan menjadi sejuk. Ketika itu hanya ubat penahan sakit, minum air panas dan tuam perut dapat melegakan sedikit gejala yang dialami”

RAWATAN ENDOMETRIOSIS

Rupanya sakit endometriosis ni sakit sangat, sampai setiap kali datang serangannya tu kena ambik ubat tahan sakit. Kata pakar, makan painkiller macam makan gula gula saja.. apa nak buat, dah memang sakit sangat..Tapi, of kos lah ubat tahan sakit ni kalau lama2 makan ada kesan sampingan dia.

KENALI JENIS RAWATAN UNTUK PENGHIDAP ENDOMETRIOSIS

RAWATAN KONSERVATIF
Kaedah konservatif sesuai untuk pesakit yang menghidapi hanya pada tahap ringan dengan simptom yang sedikit. Rawatan ubat saja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit, tetapi tidak akan menghalang endometriosis daripada merebak.
 
UBAT HORMON

Ubat hormon diberikan untuk wanita yang mengalami senggugut teruk atau hormon tidak seimbang. Tujuan untuk menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam tubuh pesakit.Hormon ini diberikan selama beberapa bulan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dapat dikurangkan Rawatan hormon boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

PEMBEDAHAN

Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui pembedahan laparoskopi diagnostik. kamera dimasukkan melalui tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan. tisu endometriosis akan dimusnahkan atau dibuang dan tisu yang baru terjadi akan dibakar menggunakan alat khas.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal untuk mengawal estrogen.

  1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
  2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
  3. Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.

Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.

Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron

PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Ada beberapa jenis makanan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu :

Buah delima/ promegranatePengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

Sayur- sayuranSayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

CendawanCendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

Biji anggur (grapeseed)Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

Chia SeedChia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

OatsOats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

Buah – buahan citrusBuah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogenMinum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

Bawang- bawangBawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

KunyitKunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

Algae ( spirulina/ chlorella)Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

Makanan – makanan fermentedMakanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen

Minyak kelapa DaraMinyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

Bawang PutihBawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

Daun KuchaiDaun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

BAGAIMANA RESVERATROL BANTU PESAKIT YANG ADA ENDOMETRIOSIS

Endometriosis adalah penyakit yang bergantung kepada estrogen. Maksudnya semakin tinggi hormon estrogen, makin tinggi risiko untuk dapat endometriosis. Dan salah satu teori endometriosis adalah disebabkan oleh keradangan. Dan keradangan tu jugak yang menyebabkan pesakit begitu sakit. Resveratrol ada fungsi untuk menurunkan paras estrogen & juga bersifat anti radang. Semoga ikhtiar ini boleh mengurangkan risiko endometriosis & juga mengurangkan sakit sebab endometriosis

Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioxidant yang paling tinggi. kandungan Resveratrol didapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine .

Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas

VIVIX MENGANDUNGI RESVERATROL YANG PALING TINGGI

Dalam Vivix ada resveratrol yang memang terbukti the best untuk pesakit endometriosis. Ramuan Vivix iaitu resveratrol dan polifenol 10x lebih kuatdaripada resveratrol sahaja.Vivix membekalkan 100mg resveratrol dalam setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mengandungi kandungan resveratrol semulajadi sebanyak 98% dan kuantiti resveratrol dalam Vivix berpandukan kajian saintifik terbaru dan kajian yang giat dijalankan.
 
Khasiat Vivix lebih daripada resveratrol kerana digabungkan dengan polifenol yang didapati daripada anggur muscadin. Kajian makmal mengesahkan bahawa gabungan kedua-duanya adalah 10x lebih kuat daripada resveratrol semata-mata dalam menangguhkan proses penuaan sel. Tapi Vivix bukan ubat ya.. cuma untuk cukupkan nutrisi yang berkurang dalam badan kita hingga menyebabkan penyakit.
 

Vivix merupakan minuman botani yang 10 kali lebih kuat daripada resveratrol  dalam memperlahankan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel.

Vivix dihasilkan dari 4 jenis ramuan hebat

1. Muscadine Grape
2. Polygonum Cuspidatum
3. Elderberry Eropah
4. Purple Carrot
 
Keempat empat bahan utama ini mengandungi polifenol dan resveratrol yang telah diuji secara klinikal mempunyai khasiat yg amat banyak. Hasil kajian makmal mendapati campuran Resveratrol dan polifenol ini adalah 10 kali ganda lebih hebat dalam memperlahankan mekanisma penuaan sel, berbanding oleh Resveratrol semata-mata.
 
Resveratrol dan Polifenol yang ada dalam vivix adalah antioksidan kuat yang berfungsi sebagai perisai untuk melindungi sel-sel dari kerosakan radikal bebas dan yang berkaitan dengan ketumbuhan
 
Vivix mampu menyekat penyerapan estrogen sekaligus membantu mencegah ketumbuhan yang dipengaruhi oleh hormon.
 
Vivix membantu merencatkan pertumbuhan sel tidak normal dan menghalang pertumbuhan semula sel tidak normal. Dalam kajian makmal, gabungan Polyphenols dari 4 jenis tumbuhan ini mampu
 
  • Melindungi dan membaiki DNA selular Polyphenols dari campuran botani ini membantu Melindungi kerosakan DNA, Menyokong pembaikan sel, pembaharuan & fungsi sihat.
  • Meningkatkan tenaga sel Polifenol membantu menggalakkan pengeluaran daripada mitokondria. Tenaga selular yang optimum, mengecas semula dan memperbaharui sel anda supaya yourcells kukuh dan penting.
  • Pertahanan sel Dalam kajian klinikal, gabungan unik Polyphenols memberi tindakbalas terhadap keradangan. orang yang sihat selepas mengambil makanan yang tidak sihat, boleh menyebabkan penuaan selular. Kurang keradangan bermakna anda mempunyai pertahanan sel yang lebih kuat dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengurangkan pembentukan protein AGE Kajian makmal juga menunjukkan bahawa gabungan unik Polyphenols ini membantu melambatkan pembentukan protein AGE sehingga 90% berbanding hanya resveratrol sahaja. Sel dengan protein AGE yang lebih rendah bagus untuk kesihatan jantung dan tahap glukosa darah yang sihat.

Penantian Zuriat Selama 3 Tahun Tak Pernah Buat Kami Patah Semangat

Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu. 
 
BLEEDING DI SAAT USIA KANDUNGAN 12 MINGGU
 
Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. .
 
Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC). 
 
Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex.
 
Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain.
 
RUJUK PAKAR SELEPAS 2 TAHUN BERKAHWIN
 
Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya.
“Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapatkan zuriat, Selepas buat ujian2 kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahanuntuk buang cyst/fibroid atau lain2, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, Vit E C folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa2 nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat kebekesanan.”
Dr Hamid Arshad
Pakar Sakit Puan
Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan.
 
TEKAD TERUSKAN PENGAMBILAN VITAMIN SEPERTI DISARAN DOKTOR
 
Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex). 
 
Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi. 
 
Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal. 
 
Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal.

BAGAIMANA RESVERATROL DALAM SEBOTOL VIVIX BOLEH BANTU TINGKATKAN KESUBURAN?

Resveratrol boleh perbaiki sel. Kalau perbaiki sel, bermakna sel-sel untuk persenyawaan pun turut sama la repair. Seterusnya meningkatkan kesuburan dalam ikhtiar hamil anda suami isteri. Dalam Telomere Study yang Dr. Elizabeth Blackburn jalankan, diorang buat test ke atas pengguna Vivix yang dah 80 tahun

Orang ni dia dah amalkan Vivix selama 5 tahun. Mereka compare dengan somebody yang sebaya yang tak minum Vivix. Orang ni sihat. Dan sengaja study ni cari orang yang sihat yang tinggal kat Bay Area. Bay Area ni kawasan tepi pantai yang bebas pencemaran dan kesibukan bandar. So assuming orang ni hidup lebih sihat la sebab duduk di persisiran pantai & luar bandar gitu.

Ok so Dr. Elizabeth pun compare la.

Dr. Elizabeth ni pemenang Nobel Prize tau dalam kategori Perubatan. Hasil kajian tu, mereka check, Telomere dalam DNA orang tua 80 tahun tu sama macam orang sihat Bay Area masa orang sihat Bay Area ni baru 41 years old. Padahal masa study ni diorang sebaya tau.

Ape dah jadi ngan DNA dia? kerja-kerja Resveratrol tu dah LAMBATKAN penuaan orang tua 80 tahun ni. Sebab tu walaupun dah 80 tahun, DNA dia macam baru 41 tahun. Betapa TERJAGANYA sel-sel DNA dia.Apa yang dia amalkan? Jawapannya Vivix la.

Vivix sangat concern nak pelihara sel-sel dalam badan anda,yang mana sel-sel ni la yang akan BERPOTENSI terpilih menjadi sel-sel yang terlibat dalam PERSENYAWAAN,yang mana akan MEMBANTU mempertingkatkan PELUANG anda HAMIL, Maka, Vivix ni paling sesuai untuk anda cuba. Vivix ni tidak mampu confirmkan anda hamil.. Tapi yang confirm ia boleh tolong Adalah:

  • Menggalakkan penuaan yang sihat – badan jadi mudaaa macam orang tua tadi
  • Sel-sel pembiakan menjadi lebih sihat
  • Membantu pencegahan kanser (serviks & prostat)
  • Dan memperbaiki daya tahan badan

NAK DAPATKAN VIVIX UNTUK MASALAH ENDOMETRIOSIS?

  1. SMS/Telegram/Whatsapp 012-6716961
  2. Masuk ke Fanpage AlmariCantik dan PM admin

Penghantaran menggunakan service currier GDEX/CITYLINK/POSLAJU dengan kadar tetap penghantaran RM10 sahaja ke Semenanjung termasuk Sabah Sarawak

BELI SHAKLEE GUNA KAD KREDIT?

Bagi anda yang nak beli Shaklee menggunakan kad debit/kad kredit, anda boleh klik ikon yang terdapat di setiap artikel seperti di bawah ini. Penghantaran akan dibuat sepenuhnya oleh pihak Shaklee ke alamat anda.

CASH ON DELIVERY

Jika anda lebih beminat untuk dapat Shaklee secara Cash On Delivery, anda juga boleh hubungi kami di nombor seperti di atas. 

Kawasan penghantaran untuk COD termasuk :

  • Seremban
  • Seremban2
  • Seremban3
  • Senawang
  • Nilai
  • Taman Tunku Jaafar
  • Taman Paroi Jaya
  • Ampangan