Check-Up Mengandung Di Klinik Kesihatan Ampangan

Cantik Sihat Dengan Shaklee

Check-Up Mengandung Di Klinik Kesihatan Ampangan

September 12, 2017 Uncategorized 0
Masa mengandungkan Irine 3 tahun lepas, saya memang buat check-up di klinik swasta, dan beralih ke KPJ sampai last check-up. Mengandung anak kedua kali ni saya buat keputusan untuk buat check-up di Klinik Kesihatan saja. Teringin nak merasa pengalaman baru pulak. Orang kata check-up di klinik kerajaan ni lebih terperinci. Betul ke? Dan semestinya FREE
KENA MARAH DENGAN NURSE HEHE
So pagi tadi pukul 7.45 pagi lagi dah ada dekat Klinik Kesihatan sebab temujanji pukul 8 pagi. Taknak lambat lambat macam bulan lepas, selamba pukul 10 baru nak datang, lepas tu kena marah dengan nurse. hehe. Ha nak bagitahu jugak, nurse klinik kesihatan dengan klinik swasta ni tak sama tau. Kalau ikut pemerhatian saya la compare dengan sebelum ni, nurse klinik kerajaan ni lebih tegas dan ada yang garang. Tapi tak semua, ada juga yang peramah. hehe 

KEBERSIHAN TOILET
Check-up pada minggu ke 17 ni cuma ambik ujian darah dan buat ujian air kencing saja. Bab nak buat ujian air kencing ni yang malas sikit sebab kalau kat KPJ dulu, toilet agak bersih juga la walaupun tak la bersih mana tapi proper juga. Cuma dekat klinik kesihatan ni, toilet nya agak uzur sikit. Pintu pun tak boleh kunci dari dalam. Nasib la kalau tengah shi shi tu ada orang sergah dari luar. haha. Tapi bersih juga takde bau mungkin sebab datang awal pagi kot. 
TEMPOH MENUNGGU
Dari segi tempoh menunggu pula, alhamdulillah setakat ni cuma ambil masa paling lama pun 1 jam setengah je. Selesai semua dan boleh balik seawal jam 9.30 pagi. Tapi next check-up wallahualam tak tahu la kan. So dulu memang ingatkan klinik kerajaan ni konfirm lambat punya, tapi setakat ni alhamdulillah sempat la balik buat sarapan pagi. 
KEPUTUSAN CHECK-UP MENGANDUNG MINGGU KE 17
Kali ni pun sama
macam bulan lepas. Tekanan darah normal, HB maintain, semua pun okay,
alhamdulillah. Cuma… berat badan pulak terlebih 500g. Haha. Yang ni mengaku,
memang kuat makan sampai satu hari ambik 3 kali nasi. Tapi ok la tak naik
mendadak. Bukan apa, masa awal trimester haritu, perut kerap masuk angin.
Kembung memanjang. Tu yang taknak perut masuk angin, bedal makan nasi sampai 3
kali sehari! Tapi lepas je cuma Peppermint Ginger dari Shaklee, masalah kembung
perut tu alhamdulilah beransur reda dan sekarang memang dah takde langsung
masalah kembung perut. Syukur sangat ada Peppermint Ginger. 
So lepas ni nurse pesan suruh control makan jela, so takde la berat naik mendadak sangat. Tapi dia tak marah sangat pun sebab berat badan tak adalah naik mendadak pun cuma 500g saja. Apa pun, supplemen
set hamil shaklee memang banyak membantu.. Ya. Saya memang dari anak pertama lagi amalkan Set Ibu Hamil Shaklee. 
Dalam tempoh ni jugak
memangg saya tak ambik sebarang supplemen tambahan lain atau pun ubat
klinik..dan resultnya memang macam ni la setiap kali checkup 
Tiada masalah HB LOW.
Berselera
makan.
Berat naik tak
mendadak.
Tiada kencing manis
semasa hamil 
Tiada darah tinggi
semasa hamil.
Tiada masalah bengkak
kaki & simpul biawak

KESIMPULANNYA, CHECK-UP KLINIK KERAJAAN OKAY KE TAK?

Alhamdulillah segala galanya ok. Biasa la ada kekurangan sana sini sikit. Rawatan pun free, so what you expect nak layanan first class? Tapi saya suka check-up di klinik kerajaan sebab memang details dia punya pemeriksaan. Walaupun kadang kadang dapat nurse garang, tapi garang garang manja tu boleh la diterima akal lagi. hehe 

SUPPLEMEN IBU HAMIL SHAKLEE 
Suggestion saya untuk korang
yang sedang mencari SUPLEMEN IBU HAMIL yang terbaik dan jimat, adalah
semestinya SET IBU HAMIL SHAKLEE. Ini antara suplemen yang saya sendiri amalkan masa mengandungkan anak
pertama dulu. Set Ibu Hamil terdiri daripada :

1.ESP

+ Memberi tenaga berpanjangan
+ Kulit ibu lebih licin dan gebu, sekaligus juga menjadikan kulit bayi
gebu dan lebih sihat


2. VITA-LEA Iron Formula

+ Sangat berkesan dalam membantu ibu menambah zat besi dalam darah,
sekaligus mendapat bacaan HB yang cantik
+ Zat besi yang kurang boleh menyebabkan ibu pitam, lesu, pucat, kurang
bermaya dan kurang daya konsentrasi

3. B-COMPLEX

+ Mempunyai asid folik yang baik untuk tumbesaran janin
+ Membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabilsan
wajah berseri melalui formulanya yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B

4. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

+ Antioksida yang baik dalam melindungi sistem imunisasi badan ibu dan
bayi, menjadikan kulit lebih cantik

+ Penting dalam membantu penyerapan iron yang efektif dan berkesan

5. OSTEMATRIX

+ Mencegah risiko osteoporosis kerana bayi menyerap 90% kalsium ibu, maka
ostematrix membantu mengembalikan kalsium yang hilang
+ Terbaik dalam membantu menghilangkan sembelit
+ Membantu mengurangkan rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit
pinggang, kebas kaki / simpul biawak

6. OMEGA GUARD

+ Sesuai diambil pada trimester kedua dan ketiga
+ Membantu perkembangan minda bayi dalam menjadi lebih cepat belajar dan
aktif
+ Ibu dapat mengekalkan badan lebih sihat dan mengurangkan risiko berat
badan berlebihan

CARA PEMBELIAN SUPPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET SET HAMIL MENGIKUT TRIMESTER ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan 
TRIMESTER SATU
TRIMESTER DUA
TRIMESTER TIGA
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
.
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *