CABARAN 31 HARI MENCARI CINTA 3 – KEPUTIHAN

kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid), tidak berbau serta tidak
menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah
sedikit dan berbentuk cecair.
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai
komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani,
bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di
luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh
membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada
jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah
hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap
antibiotik atau antifungal.Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan
yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan
kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik
ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan
yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit
keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa.
Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi
sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat
aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali
sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan
rawatan rapi.
not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products
are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini
bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa
jua penyakit.
One Response
wah cantik gambar , kena ajar ambil gambor nih