8 Perubahan Pada Ibu Hamil Yang Bukan Sengaja Dibuat Buat!

Cantik Sihat Dengan Shaklee

8 Perubahan Pada Ibu Hamil Yang Bukan Sengaja Dibuat Buat!

September 17, 2017 Uncategorized 0
8 Perubahan Pada Ibu Hamil Yang Bukan Sengaja Dibuat Buat! Apabila isteri sudah berbadan dua, tentunya dia mula akan
mengalami perubahan dari segi fizikal. Perubahan hormon juga kadangkala
menggugat kestabilan emosi. Justeru para suami, jangan salah sangka terhadap
isteri. Ia tidak dibuat-buat tapi keadaan-keadaan ini memang boleh terjadi
semasa mengandung. Fahami mereka dan jangan berat tulang untuk membantu.
MORNING SICKNESS

Kehamilan menyebabkan keadaan isteri muntah-muntah terutama sekali
pada trimester pertama. Suami perlu faham dan sedia membantu si isteri terutama
sekali dalam menguruskan rumah tangga. Malah ada isteri yang menghadapi
hiperemesis gravidarum yang menyebabkan keadaan muntah yang teruk dan tidak
boleh menerima makanan langsung.
Jika isteri sering muntah, cadangkan supaya dia makan dalam kuantiti
kecil tapi kerap. Berikan kudapan seperti biskut kering sejurus selepas bangun
tidur untuk elakkan mual dan muntah pada waktu pagi. Hindari makanan pedas dan
berlemak untuk mengelakkan muntah yang kerap.

TIDAK BERTENAGA & MUDAH LETIH

Sepanjang trimester pertama, tubuh isteri bekerja dengan lebih
kuat. Pada waktu ini, badannya  sedang
dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan sistem sokongan hayat bagi
bayi. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon
dan metabolisme isteri juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam
darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkannya
menjadi terlalu letih.
Bantu isteri untuk mendapat rehat yang lebih daripada biasa.
Sediakan makanan yang bernutrien dengan 200 hingga 300kalori lebih daripada
biasa serta tidur malam lebih awal. Jangan lupa minum lebih banyak air!
Kebanyakan wanita akan  kembali bertenaga
dalam trimester kedua dan akan letih semula dalam bulan ketujuh iaitu trimester
ketiga.
MAKAN LEBIH DARIPADA BIASA
Selera makan isteri yang sedang hamil akan meningkat lebih
daripada biasa.
Jangan pula suami komen “Banyaknya awak makan” atau “Awak ni, tak
takut gemuk ke?”Pertanyaan sebegini boleh buat si isteri berkecil hati.
Tahukah anda selera makan isteri memang meningkat terutama sekali
selepas trimester pertama? Apabila memasuki usia empat bulan iaitu trimester
kedua, mabuk dan mual hilang dan ini selera makannya meningkat. Jadi para suami
bantulah isteri untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat untuk dirinya dan
tumbesaran bayi. Elakkan kerap memakan makanan yang pedas, terlalu berminyak.
berlemak dan bergula.
EMOSI KURANG STABIL
Kadangkala isteri jadi kurang sabar dan mudah marah semasa hamil.
Suami jangan pula melenting! Mood swing selalu terjadi. Ini kerana hormon
progesteron yang banyak menyebabkan kelupaan dan isteri kadangkala lost
seketika. Ada juga kajian yang mengatakan wanita hamil mengalami baby brain di
mana otak wanita hamil menghampiri ciri seakan-akan otak kanak-kanak.
Banyakkan bersabar dengan isteri untuk mengelakkan pertengkaran
dan perkara-perkara yang tidak diingini kepada hubungan anda.
KERAP KE TANDAS
Bila hamil, si isteri semakin kerap kerulang-alik ke tandas kerana
kencing pada waktu malam. Ia dipanggil 
noctoria. Ia berlaku hormon dan peningkatan peredaran darah melalui buah
pinggang isteri.
Ia kerap berlaku pada trimester pertama dan ketiga kehamilan.
Apabila bayi membesar, jumlah darah dan cecair lain dalam badan si ibu juga
akan bertambah. Buah pinggang isteri akan bekerja lebih kuat untuk menghapuskan
bahan buangan, dan ini menerangkan mengapa anda lebih kerap membuang air kecil.
Dalam tiga bulan pertama kehamilan, rahimnya membesar dan
memberikan tekanan kepada pundi kencing. Sekitar bulan keempat, uterus akan naik
sehingga ke bahagian perut. Ini mengurangkan tekanan terhadap pundi kencing,
tetapi hanya untuk sementara. Dalam minggu-minggu terakhir kehamilan, keinginan
untuk membuang air akan kembali kerana rahim yang membesar dan bayi sudah
memenuhi pelvis. Tekanan terhadap pundi kencing ini akan berterusan sehinggalah
bayi anda dilahirkan.
Jadi suami, jangan marah
jika tidur anda kerap terganggu sekiranya lampu bilik kerap terpasang kerana
isteri bangun ke tandas sebelah malam.
ASYIK MELUDAH ATAU MEMBUANG AIR LIUR PADA KERTAS TISU
Ya. Air liur  terhasil lebih
banyak semasa hamil. Sesetengah wanita menelan air liur lebih kerap daripada
yang lain dan ini boleh menjadi satu masalah bagi sesetengah wanita.
Doktor-doktor memanggilnya ptialisme, atau sialorea gravidarum.
Air liur yang banyak sering kali berkait rapat dengan loya (mabuk
hamil) dan muntah-muntah yang teruk (hiperemesis gravidarum). Ini biasa berlaku
dalam masa tiga bulan pertama kehamilan. Namun tidak kurang juga ibu yang tidak
boleh menelan air lir sebaliknya meludahkannya atau membuangnya pada kertas
tisu. Suami jangan jengkel dengan keadaan ini!
TIADA KEINGINAN UNTUK BERHUBUNGAN INTIM
Perubahan-perubahan besar dalam badan isteri sudah tentu akan
mengubah kehidupan seks. Bagi setengah wanita, mereka rasa lebih seksi daripada
biasa kerana tidak perlu bimbang tentang konsepsi dan pencegah kehamilan.
Tetapi bagi sesetengah yang lain pula hanya merasa terlalu letih atau tiada
keinginan untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.
Ada wanita mendapati yang trimester kedua, nafsu seks yang
meningkat dan mungkin akan menurun semula di trimester ketiga kerana memikirkan
tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang. Ada juga sesetengah
wanita merasakan dirinya tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami.
KEJANG KAKI
Apakah yang menyebabkan kejang kaki?Semasa hamil, jantung, buah
pinggang dan sistem peredaran dalam badan isteri  bekerja lebih kuat. Otot-otot juga menyokong
pertambahan berat badan yang semakin meningkat, dan keadaan ini memberi tekanan
kepadanya. Akibatnya, otot-otot kaki yang keletihan akan menegang dan kejang
sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga.
Kesakitan ini boleh menyebabkan wanita hamil kerap tersedar daripada tidur pada
waktu malam. 
Mengambil banyak makanan mengandungi fosforus  dan terlalu sedikit kalsium dan potassium
dalam darah uga boleh menjadi penyebab. Rahim yang anda mengembang,  juga memberi tekanan kepada saraf-saraf yang
mengunjur daripada badan ke kaki isteri. 
Jadi papa bantulah mama sekiranya mereka tiba-tiba mengalami kejang kaki
di waktu malam.

Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *