6 Tips Membolehkan Ibu Berehat Supaya Penyusuan Badan Berjaya

Cantik Sihat Dengan Shaklee

6 Tips Membolehkan Ibu Berehat Supaya Penyusuan Badan Berjaya

October 8, 2017 Uncategorized 0
6 Tips Membolehkan Ibu Berehat Supaya Penyusuan Badan Berjaya. Ramai ibu berdepan cabaran untuk menyusukan badan secara eksklusif selama enam bulan pertama sehingga usia anak dua tahun. Cabaran ini termasuk kesukaran ibu untuk memerah susu badan apabila kembali bekerja. Ramai ibu yang bekerja dan tidak berjaya dalam proses penyusuan badan kerana faktor letih dan penat. Jadi saya nak share sedikit tips yang membolehkan ibu berehat supaya penyusuan badan berjaya. 
6 TIPS MEMBOLEHKAN IBU BEREHAT SUPAYA PENYUSUAN BADAN BERJAYA
1. SUAMI BOLEH AMBIL ALIH TUGAS MENJAGA BAYI
Ambil alih tugas menjaga bayi daripada ibu. Ini termasuk menukar lampin hinggalah memandikan dan menidurkan bayi. Menjaga anak baru lahir memang meletihkan, jadi biar bapa, nenek atau penjaga profesional melakukannya.
2. RUMAH KEMAS DAN BERSIH
Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih seperti disukai ibu. Rumah yang kotor dan bersepah pasti membuatkan fikiran berserabut dan memberi tekanan kepada ibu. Jadi, pastikan anda membantu supaya si ibu boleh bersantai.
3. MENU HARIAN DISUKAI IBU
Merencana menu harian, menyediakan dan memasak hidangan boleh memakan masa lama. Tugasan intensif yang tidak patut dibebankan kepada ibu baru. Seperti menjaga bayi, ahli keluarga atau penjaga profesional boleh membantu. Ada sesetengah makanan yang patut dielak oleh ibu tetapi pastikan anda bertanya mengenai menu yang disukainya. Memaksa ibu makan dan minum sesuatu yang tidak disukainya pasti menambah tekanan dan memberi impak negatif pada sesi penyusuan badan.
4. DIET SIHAT 
Ibu perlukan diet sihat dan nutrisi baik untuk memulihkan tenaga. Proses penyusuan badan membakar 500 kalori sehari, jadi ibu perlu makan jumlah kalori dan nutrien yang disarankan .
5. PEMAKANAN
Mengambil snek bernutrisi antara hidangan lengkap turut membantu. Makanan kaya zat besi seperti daging, telur kuning dimasak dan sayuran daun hijau boleh melegakan keletihan, manakala vitamin C membantu tubuh untuk menyerap zat besi daripada makanan. Jadi jangan lupa mengambil makanan seperti buahan sitrus, tomato dan kentang.
6. ELAK MAKANAN YANG KURANG SESUAI
Ada pandangan mengatakan sesetengah makanan tidak sesuai kerana nutrien terkandung boleh diserap oleh bayi menerusi susu badan, membuatnya kembung, menunjukkan simptom kolik malah cirit-birit. Makanan pedas, bawang putih dan bawang merah mentah berlebihan selain kafein antara makanan dan minuman yang patut dielakkan. Lebih penting, sentiasa rujuk kepada pakar kesihatan anda untuk diet terbaik buat ibu dan bayi.
PROSES PENYUSUAN LEBIH MUDAH DENGAN BANTUAN SET MENYUSU SHAKLEE
Assalammualaikum. Saya Sakinah Md Sanuri. Seorang Suri Rumah Tangga dan baru memiliki seorang anak 10 bulan yang lalu. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang proses menyusukan anak.
BADAN TAK SESUAI DENGAN JAMU, ANAK TAK PUAS MENYUSU
Habis sahaja pantang saya cuba untuk makan jamu atas nasihat ibu dan mak bidan. Tapi malangnya badan saya tak sesuai dengan jamu. Saya alami sembelit yang teruk dan susu badan juga menjadi kering. Niat asalnya untuk pulihkan peranakan dan kembalikan tenaga tapi sebaliknya berlaku. Badan saya jadi makin letih dan mula rasa tertekan.
Yang lebih menyedihkan anak saya seolah-olah tidak puas menyusu dan selalu meragam. Saya cuba cari solusi dengan mencari produk yang betul-betul berkualiti. Hasil carian melalui laman sesawang, rata-rata mengesyorkan untuk mencuba Produk Shaklee. Melihat kepada testimoni dan kandungan produk saya tertarik untuk mencuba.
ESP, ALFALFA & OSTEMATRIX adalah Set Menyusu Shaklee yang saya cuba pada waktu itu. Selepas seminggu amalkan Set Menyusu Shaklee ini, anak saya lebih kenyang bila menyusu. Tapi pada waktu itu masih tak dapat lihat perubahan pada diri kerana niat asalnya hanya untuk bantu proses penyusuan sahaja.
SUAMI TEGUR PERUBAHAN
Lepas sebulan, tiba-tiba suami tegur perubahan pada diri saya. Katanya streachmark pada bahagian perut saya dah semakin pudar dan kulit saya dah tidak kusam lagi seperti waktu mengandung. Rupa-rupanya Alfalfa dah membantu tubuh saya untuk menyahtoksin (detox) dari dalam badan. Kesannya, badan saya rasa lebih ringan dan bertenaga. Jerawat juga tidak tumbuh lagi.
ESP pula merupakan sumber protein terbaik, ianya menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan tisu badan yang lebih sihat. Oleh sebab itu kulit saya jadi semakin sihat, tidak lagi kusam dan streachmark semakin pudar.
Memang betul-betul berbaloi saya laburkan duit saya untuk Shaklee. Dalam satu produk ada banyak khasiat dan kelebihan. Contohnya, saya beli set penyusuan untuk bantu proses menyusu anak, tapi hasil yang saya dapat adalah lebih daripada yang saya harapkan. Kulit jadi cantik, badan sentiasa bertenaga, streachmark hilang, tidak ada lagi masalah sebelit dan anak puas menyusu. Dan sekarang saya juga amalkan Vitamin C dan Bcomplex. Untuk bantu tingkatkan antibodi dan menstabilkan emosi.
SET PENYUSUAN SHAKLEE JADI MILKBOOSTER TERBAIK 
Untuk memastikan kaum ibu mendapat rehat yang cukup, mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, dan juga tidak stress, ramai yang dah mula mencuba set penyusuan shaklee. Kerana ianya terbukti menjadi milkbooster terbaik bagi kaum ibu yang ingin menjayakan penyusuan badan sehingga anak umur 2 tahun. Set penyusuan Shaklee terdiri daripada : 
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.
ALFALFA
Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
OSTEMATRIX
Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina-tulang yang berkualiti
TESTIMONI PENGGUNA SET PENYUSUAN SHAKLEE

CARA PEMBELIAN SET PENYUSUAN IBU SHAKLEE
CARA 1

Anda boleh terus klik ke SET PENYUSUAN ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *