6 Tips Berpuasa Bagi Ibu Yang Taknak Susu Merudum Teruk Sampai Terpaksa Bagi Susu Formula!

Cantik Sihat Dengan Shaklee

6 Tips Berpuasa Bagi Ibu Yang Taknak Susu Merudum Teruk Sampai Terpaksa Bagi Susu Formula!

May 15, 2017 Uncategorized 0
Ramai ibu ibu yang sedang menyusukan anak tidak tahu tips yang perlu mereka praktikkan menjelang bulan puasa. Akhirnya mengeluh apabila susu mula merudum, anak kelaparan, dan terpaksa bagi susu formula. Jom kita praktikkan keenam enam tips berpuasa bagi ibu yang menyusu. 


1. SET MINDA DAN FIKIR POSITIF

Bercakap
tentang persediaan bagi ibu menyusu untuk ketibaan bulan puasa, tiada apa
persediaan khas yang harus dilakukan melainkan kita harus bersedia dari
segi mental dan fizikal sahaja. Mental bermakna, buang perasaan
kita atau jangan set kan minda kita “Esok nak
kena puasa dah, susahlah nak menyusu anak”..Ok..ni salah satu benda
yang bermain di minda saya apabila tibanya bulan puasa ataupun bila nak
berpuasa ganti. Kita fikirkan begitu kerana kita fikir apabila kita makan minum
cukup, maka banyaklah susu kita. Sedangkan kita tidak sedar penghasilan susu
juga bergantung kepada demand daripada anak kita. 

2. RULES
SUPPLY AND DEMAND

Jadi, apa
yg perlu kita lakukan semasa bulan puasa adalah teruskan penyusuan walaupun
susu tetap berkurang. Ya..ia mungkin sedikit berkurang apabila hari menjelang
ke tengahari atau petang disebabkan kita juga kekurangan air semasa berpuasa.
Untuk itu, kita perlu kerap mengosongkan payudara agar susu akan sentiasa ada
semula. Perlu ikut rules ‘Supply and Demand’. Lagi kerap kita mengosongkan
payudara, lagi mudah susu akan dihasilkan semula. Tidak kiralah walaupun semasa
berpuasa. 

3. JANGAN
SKIP SAHUR

Ini juga
adalah pengalaman saya yang berpuasa ganti baru-baru ini. Saya cuba buang terus
perasaan dan pemikiran susu berkurang bila berpuasa. Yang penting, teruskan
bangun sahur. Yang ni memang tak boleh tinggal. Banyakkan minum air suam
sehabis mungkin beserta dengan suplemen harian anda. Juga jangan lupa amalkan
kurma. Kurma mampu memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari untuk ibu
menyusu sebab menyusukan anak kadang-kadang memang meletihkan kerana hampir
semua zat-zat sudah diserap oleh si anak. Selepas meneruskan penyusuan seperti
biasa, memang saya tak jangka yang saya tidak mengalami masalah semasa
menyusukan anak. Langsung saya tidak mengalami susu merudum! 

4. BERDOA

Apa yang
saya lakukan, hanya berdoa semoga Tuhan sentiasa banyakkan susu saya sepanjang
tempoh berpuasa, kerapkan menyusukan anak saya (saya bagi dia direct
breastfeeding dengan agak kerap supaya breast sentiasa kosong) dan jangan
terlalu fikirkan sangat susu kurang walaupun sememangnya susu berkurang.  
Doa & zikir untuk menambahkan susu: 
1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku…Amin 
3. Surah Al-Baqarah ayat 60. 

 
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”. 
Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.  Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang….amin

5. MINUM
AIR KOSONG

Selepas
berbuka, pada malamnya saya akan pastikan saya minum air kosong dengan banyak
bagi menggantikan air yang tidak diambil pada siangnya. Saya akan minum sedikit
demi sedikit. Bukan sekaligus. So, dengan cara tak langsung kekurangan air
berganti dan cukup untuk memastikan badan kita tidak kekurangan air semasa
puasa keesokan harinya sekaligus memastikan susu ibu masih terhasil dengan
lancar asalkan ada konsep ‘supply dan demand’.  

6.
SUPPLEMEN

Cuba
amalkan suplemen sepanjang tempoh bulan puasa bagi memastikan anda juga
bertenaga dalam menguruskan kerja harian anda. Walaupun anda tidak makan, tidak
semestinya susu ibu turut berkurang. Susu berkurang bukan disebabkan kita
berpuasa, tapi ianya disebabkan oleh faktor lain iaitu kurangnya mengaplikasi
konsep supply & demand serta pemikiran yang negatif terhadap susu
berkurang semasa berpuasa.  
7 Tahun makcik ni menyusukan anak di bulan Ramadhan? Pergh… Apa yang buat dia kekal bertenaga sampai berbuka? Saksikan

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian SEBANYAK 200UV. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 Kelebihan Daftar Sebagai Ahli


KLIK UNTUK TERUS WHATSAP  – 0126716961
IsmaLyeza
Visit my ig @almaricantikdotcom
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *