6 Tanda Sembelit Yang Anda Alami Sebenarnya Tidak Normal Dan Mengundang Bahaya

Cantik Sihat Dengan Shaklee

6 Tanda Sembelit Yang Anda Alami Sebenarnya Tidak Normal Dan Mengundang Bahaya

September 21, 2017 Uncategorized 0
6 Tanda Sembelit Yang Anda Alami Sebenarnya Tidak Normal Dan Mengundang Bahaya. Tabiat membuang air
besar adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang membuang air besar dua kali
sehari dan ada juga membuang air besar setiap tiga hari. Ini kerana aktiviti
membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan bergantung kepada
beberapa faktor.

Kurang Minum Air Masak
Yang Mencukupi
Sekurang-kurangnya kita perlu minum air 2 hingga 3 liter sehari.
Kurang Fiber atau Serat
Dalam Pemakanan Harian
Fiber seperti buah-buahan segar, sayuran segar seperti Lobak, Epal,
Buah Tin, Buah Naga dan sebagainya.
Kerap Tahan Berak
Ya! Tahan berak lah yang selalu saya buat satu ketika dulu yang
menyebabkan masalah sembelit saya kritikal sebelum ini hingga menyebabkan
buasir.
Mengangkat Barang Yang
Berat
Melakukan kerja yang berat biasanya akan membuatkan kita meneran
waktu nak angkat barang. Contoh macam angkat tong gas 14kg.
Pernah Melakukan Seks
Rambang
Ini antara punca masalah BUASIR. Amalan seks songsang ni boleh
memberikan risiko, tidak lagi kepuasan nafsu.

ADAKAH SEMBELIT ITU NORMAL

Tidak semua sembelit
disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika
seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:

1. NAJIS BERDARAH

Darah
dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum
(poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir. 

2. TURUN BERAT BADAN
Ini
adalah tanda-tanda awal kanser usus.

3. KENAIKAN BERAT BADAN
Kekurangan
hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat.
Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang
air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di
dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.

4. AMBIL MASA YANG LAMA UNTUK BUANG AIR BESAR

Meluangkan masa yang
lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar
atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar
tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.

5. ADA BIJI/KULIT KELUAR DARI PANGKAL DUBUR

Ada biji/ kulit yang keluar
dari pangkal dubur semasa membuang air besar. Tidak semua biji atau kulit itu
adalah buasir kerana kanser pangkal dubur juga boleh bersifat sedemikian.
Selain itu ‘rectal prolapse’ (usus besar terkeluar dari pangkal dubur) juga
boleh menyebabkan sembelit.

6. TABIAT BUANG AIR BESAR

Pertukaran tabiat
membuang air besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Jika tabiat
membuang air besar selalunya setiap dua hari dan sekarang berubah kepada empat
hari sekali atau sekali seminggu dan keadaan itu berterusan selama beberapa minggu,
anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Pengambilan ubat atau makanan tambahan
(suplemen) untuk menyelesaikan masalah sembelit tanpa nasihat doktor adalah
memudaratkan.

Pemeriksaan awal akan
dilakukan bagi mengenal pasti punca sembelit. Ini dapat dikenal pasti melalui
sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal pesakit. Beberapa jenis ujian
darah akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sembelit. Sesetengah pesakit
akan dinasihatkan untuk menjalani prosedur kolonoskopi (memasukkan kamera ke
dalam usus besar melalui dubur).

Prosedur ‘anal
manometry’ (tekanan anus) untuk melihat ‘pressure’ di dalam dubur dan
‘defecating proctogram’ (x-ray aktiviti membuang air besar) akan disarankan
jika pesakit menunjukkan tanda-tanda kelemahan otot pelvis atau ‘obstructive
defecating syndrome’.

Sumber: Dr Ruhi Fadzlyana (The Malaysian Medical Gazette)


VITAMIN SHAKLEE UNTUK MASALAH SEMBELIT DAN BERKAITAN USUS



CARA PEMBELIAN SET VITAMIN UNTUK SEMBELIT DAN MASALAH USUS

CARA 1

Anda boleh terus klik ke SET DETOKS USUS  ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2



Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.


Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar
Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah
untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat
atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak
semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada
orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *