6 PERSEDIAAN IBU MENGANDUNG KETIKA BERPUASA SUPAYA SUSU TAK MERUDUM

Cantik Sihat Dengan Shaklee

6 PERSEDIAAN IBU MENGANDUNG KETIKA BERPUASA SUPAYA SUSU TAK MERUDUM

June 12, 2015 Uncategorized 0
Assalamualaikum

Ok. Lepas hbis baca tentang entry PERSEDIAAN BERPUASA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN, mesti pasangan yang dapat berita baik, mengandung bunting pelamin dan selesai melahirkan anak pertama yang super duper comel, mesti teruja nak buat persediaan jugak masa berpuasa nanti. Jadi, aku nak kongsikan artikel tentang pengalaman mommy ni yang aku dapat dari Fanpage Tips Untuk Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu Bayi. Jom kita baca kisah dia!


MENYUSUKAN ANAK SEMASA BERPUASA?

Bulan puasa akan menjelang beberapa hari saja lagi. Bagi korang ibu-ibu
yang tak ada pengalaman, maklumlah anak pertama kan..sudah pasti keadaan
ini akan sedikit merunsingkan lagi lagi bila ada orang kata SUSU AKAN MERUDUM BILA KITA BERPUASA 

Situasi ini juga
pernah berlaku kepada saya semasa saya berpantang anak pertama saya.
Disebabkan saya juga kurang pengetahuan tentang ilmu penyusuan pada masa
itu, jadi nak taknak, susu memang berkuranglah kerana saya dah memang
bear in mind yang susu akan berkurang semasa berpuasa. Memang ya. Pada
hari pertama saya berpuasa semasa anak sulung saya berumur 30 hari, susu
saya berkurang. Dan pada masa yang sama, anak saya macam tidak puas
menyusu. Mungkin sebab susu semakin berkurang. Dan sayapun semakin
stress!

Hal yang sama juga semasa hari ke-2 berpuasa. Disebabkan
itu, saya tidak meneruskan puasa saya pada hari ke-3 sebab saya rasa
macam anak saya tak cukup susu. Di waktu itu, saya tak pernah terfikir
apabila kita terlampau memikirkan susu yang semakin berkurang, ia juga
akan turut mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Pendek kata, saya kurang
ilmu ketika itu. Saya kurang membaca dan kurang persediaan untuk
penyusuan susu ibu 

APA PERSEDIAAN BAGI IBU MENYUSU UNTUK KETIBAAN BULAN PUASA?

1. SET MINDA DAN FIKIR POSITIF
Bercakap tentang persediaan bagi ibu menyusu
untuk ketibaan bulan puasa, tiada apa persediaan khas yang harus
dilakukan melainkan kita harus bersedia dari segi mental dan fizikal
sahaja. Mental bermakna, buang perasaan kita atau jangan set kan minda
kita “Esok nak kena puasa dah, susahlah nak menyusu anak”..Ok..ni salah
satu benda yang bermain di minda saya apabila tibanya bulan puasa
ataupun bila nak berpuasa ganti. Kita fikirkan begitu kerana kita fikir
apabila kita makan minum cukup, maka banyaklah susu kita. Sedangkan kita
tidak sedar penghasilan susu juga bergantung kepada demand daripada
anak kita. 

2. RULES SUPPLY AND DEMAND
Jadi, apa yg perlu kita lakukan semasa bulan puasa
adalah teruskan penyusuan walaupun susu tetap berkurang. Ya..ia mungkin
sedikit berkurang apabila hari menjelang ke tengahari atau petang
disebabkan kita juga kekurangan air semasa berpuasa. Untuk itu, kita
perlu kerap mengosongkan payudara agar susu akan sentiasa ada semula.
Perlu ikut rules ‘Supply and Demand’. Lagi kerap kita mengosongkan
payudara, lagi mudah susu akan dihasilkan semula. Tidak kiralah walaupun
semasa berpuasa. 

3. JANGAN SKIP SAHUR
Ini juga adalah pengalaman saya yang berpuasa
ganti baru-baru ini. Saya cuba buang terus perasaan dan pemikiran susu
berkurang bila berpuasa. Yang penting, teruskan bangun sahur. Yang ni
memang tak boleh tinggal. Banyakkan minum air suam sehabis mungkin
beserta dengan suplemen harian anda. Juga jangan lupa amalkan kurma.
Kurma mampu memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari untuk ibu
menyusu sebab menyusukan anak kadang-kadang memang meletihkan kerana
hampir semua zat-zat sudah diserap oleh si anak. Selepas meneruskan
penyusuan seperti biasa, memang saya tak jangka yang saya tidak
mengalami masalah semasa menyusukan anak. Langsung saya tidak mengalami
susu merudum! 

4. BERDOA
Apa yang saya lakukan, hanya berdoa semoga Tuhan
sentiasa banyakkan susu saya sepanjang tempoh berpuasa, kerapkan
menyusukan anak saya (saya bagi dia direct breastfeeding dengan agak
kerap supaya breast sentiasa kosong) dan jangan terlalu fikirkan sangat
susu kurang walaupun sememangnya susu berkurang.  

5. MINUM AIR KOSONG
Selepas berbuka,
pada malamnya saya akan pastikan saya minum air kosong dengan banyak
bagi menggantikan air yang tidak diambil pada siangnya. Saya akan minum
sedikit demi sedikit. Bukan sekaligus. So, dengan cara tak langsung
kekurangan air berganti dan cukup untuk memastikan badan kita tidak
kekurangan air semasa puasa keesokan harinya sekaligus memastikan susu
ibu masih terhasil dengan lancar asalkan ada konsep ‘supply dan demand’.  

6. SUPPLEMEN
Cuba amalkan suplemen sepanjang tempoh
bulan puasa bagi memastikan anda juga bertenaga dalam menguruskan kerja
harian anda. Walaupun anda tidak makan, tidak semestinya susu ibu turut
berkurang. Susu berkurang bukan disebabkan kita berpuasa, tapi ianya
disebabkan oleh faktor lain iaitu kurangnya mengaplikasi konsep supply
& demand serta pemikiran yang negatif terhadap susu berkurang semasa
berpuasa.  

SUPPLEMEN UNTUK IBU MENGANDUNG PADA BULAN PUASA

 A) ENERGIZING SOY PROTEIN

 B) VITALEA
GOODNEWS!!!! PERCUMA VITALEA

CARA DAPATKAN MULTIVITAMIN VITALEA IRON SECARA PERCUMA

Jadi ibu-ibu semua, jangan risau jika muncul bulan puasa atau ibu
berpuasa ganti. Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Selagi ada
usaha, di situ ada hasilnya walaupun tak seberapa. Teruskan penyusuan
untuk anak anda walau susu merudum sekalipun. Yang penting, jangan
tertekan atau stress bila susu kurang kerana stress sememangnya akan
menyebabkan susu ibu berkurang. 

Jom berusaha untuk meneruskan penyusuan walaupun semasa berpuasa! kLIK Button Pink ni untuk ketahui lebih lanjut cara untuk order supplemen tadi tu ok 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *