3 TIPS MUDAH UNTUK CANTIK MACAM KAJOL

Cantik Sihat Dengan Shaklee

3 TIPS MUDAH UNTUK CANTIK MACAM KAJOL

January 27, 2016 Uncategorized 0
Assalamualaikum
Dah tengok filem Dilwale? Hurm tertinggal keretapi pulak rasanya sebab sampai sekarang tak tengok lagi filem tu. Cuma aku sempat download video klip lagu Gerua dengan Janam Janam je. Mata tak berkelip tengok si Kajol yang cantik tu. Eh aku rasa dulu masa filem Dilwale Dulhania Le jayengge (tah macam mana ejaan kan) Kajol kulit gelap, rambut kembang, kening bersambung lagi. hahaha. Sekarang amboi bukan main lawa lagi! Dah la kurus, tips kurus apa la yang dia amalkan ek..Lepas tu aku perasan kulit dia cerah! Kalah kulit makkkk..uwaaa

Apa rahsia Kajol cantik walaupun dah ada dua cahaya mata?

1. BERDISIPLIN MELAKUKAN SENAMAN

Kajol berdisiplin melakukan senaman
dan mengikuti diet sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh yang
mempesonakan. Beliau turut berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18
kilogram selepas melahirkan anak kedua. Menurut Stylecraze.com, aktres
yang mula meledak dengan filem Yeh Dillagi (1994) ini menggunakan
khidmat jurulatih, Shereveer Vakil, yang juga bertanggungjawab melatih
suaminya bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Beliau mengamalkan
senaman setiap hari di gimnasium rumahnya bagi memperbaiki stamina,
meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat ideal dengan bentuk
tubuhnya.

2. JAGA PEMAKANAN

Selain mengamalkan senaman secara disiplin, Kajol juga menitik beratkan
pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang
tidak menyihatkan. Beliau percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan. 

3. MINUM AIR MASAK YANG MENCUKUPI

Bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham itu mengutamakan ikan, telur, kekacang, ayam dan susu dalam diet sehariannya. Selain itu, Kajol sentiasa memastikan badannya mendapat air yang cukup dan mengambil buah-buahan, sayuran dan minuman berkhasiat bagi mengelakkan rasa lapar.
 Sumber : berita harian

Hoho.. Senang je kan tips Kajol ni. Tapi tak aci la sebab dia ada guna khidmat jurulatih untuk guide dia supaya kurus. Kita ni? Nan hado. Tapi nak cantik, kena la bagi seribu usaha kan? muahciked!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *