2 TIPS PALING MUDAH ELAK OBESITI

Cantik Sihat Dengan Shaklee

2 TIPS PALING MUDAH ELAK OBESITI

January 9, 2016 Uncategorized 2
 Assalamualaikum
Kesian Cendol jadi gambar hiasan untuk topik obesiti ni. Hehe. Sebenarnya, aku baru lepas pekena semangkuk cendol. Sedap betul Cendol Pak Karim ni. Orang duk Seremban mesti tau Cendol Pak Karim ni. Sambil pekena cendol, sempat la google google kejap. Alamak terjumpa entry tentang cendol atau apa jugak minuman yang tinggi gula, boleh buat kita jadi obes! OMG 
Petikan yang menarik minat aku tentang kaitan cendol yang manis tadi dengan obesiti : 
“Dengan pengambilan 7 sudu teh gula sehari, jika gula itu gagal dibakar
oleh tubuh, ia akan ditukarkan menjadi 20g lemak. Jika pengumpulan lemak
ini berterusan selama setahun, sebanyak 7.3 kg lemak berlebihan akan
terkumpul dalam badan! Cubalah bayangkan keadaaan kesihatan kita akibat
daripada pengumpulan lemak yang banyak ini!” – Dato’ Sri Liow
Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3
sudu teh gula sehari iaitu 1 sudu teh gula bagi 3 cawan minuman bergula
yang diambil dalam sehari, beliau dapat mengelakkan penambahan tenaga
sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240
kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak
sebanyak 300g sebulan, atau 600g dalam tempoh dua bulan atau 3.6kg dalam
tempoh setahun.
 
2 TIPS PALING MUDAH ELAK OBESITI
 
1) Makan makanan rendah kandungan gula.
a. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
b. Gantikan manisan pencuci mulut seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
c. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
d. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
e. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.
Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini
menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

5 KESALAHAN DIET UNTUK KURUS YANG PEREMPUAN KENA TAHU!

2) Minum minuman yang rendah kandungan gula.
a. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
b. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian
pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
c. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
d. Periksa kandungan gula dalam label minuman. Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.
e. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
f. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur.
So kalau korang nak DIET, jangan makan cendol. Haha atau apa apa jugak desert dan makanan yang manis manis ni. Sesekali boleh la. Tapi kalau selang sehari, itu bukan sesekali tau! Itu berkali kali! Nak elak obesiti, paling penting jaga makan dan minum sekali ye.
Lepas pekena cendol tadi, terus rasa bersalah teramat. Haha. So aku pun insap kejap. Terus minum air masak bergelen gelen. Agak agak lepas ni kalau singgah gerai cendol, pejam mata, capai air mineral. Sadis. Kasihani daku.

 

2 Responses

  1. Sheila Adziz says:

    air masak kena byk kan sis… tp duk tgk cendol tu… perghhh terus hilang diet ke apa… hehe

  2. admin says:

    @shiela Adziz Betul2..tengok cendol tu memang melelh aiyaq lioq! haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *