10 Tips Tingkatkan Kesuburan Kalau Nak Cepat Hamil

Cantik Sihat Dengan Shaklee

10 Tips Tingkatkan Kesuburan Kalau Nak Cepat Hamil

October 15, 2017 Uncategorized 0
10 Tips Tingkatkan Kesuburan Wanita Untuk Peluang Cepat Hamil. Setiap isteri yang sudah berkahwin mesti nak cepat hamil. Saya pun tak pasti kenapa lepas sebulan kahwin, dah ada yang sedih bila tak hamil. Saya dulu lepas 4 bulan kahwin Alhamdulillah disahkan hamil. Saya sendiri pun tak jangka. Sebab saya jenis malas nak fikir sangat. Kalau ada rezeki, terima. Jadi kepada isteri yang nak cepat hamil di luar sana, ini ada beberapa tips untuk anda tingkatkan lagi tahap kesuburan yang saya ambil dari sini. Mungkin bermanfaat. Selamat mencuba!
1. CUBA RILEKS
Kurangkan
mandian panas. Kajian menunjukkan mandi dengan air sejuk boleh membantu
meningkatkan kesuburan tidak kira sama ada wanita atau lelaki.

2. TINGKATKAN KEBERSIHAN

Menurut
penelitian dilakukan University of North Carolina di Amerika Serikat, wanita yang
biasa melakukan kerja rumah seperti mengemas dan berkebun mempunyai potensi
untuk cepat hamil. Rutin berkenaan dikatakan boleh menghentikan produksi
insulin yang dianggap membahayakan perkembangan telur.

3. REHAT MENCUKUPI
Menurut
pakar ginekologi, Michael Dooley, tekanan memberi kesan besar terhadap
kesuburan wanita. Ia juga melambatkan pengeluaran sperma.
4. MINUM SUSU
Minumlah
sekurang-kurangnya segelas susu setiap hari untuk mengurangkan risiko
ketidaksuburan. Menurut penelitian Universiti Harvard, lemak daripada susu
membantu ovari bekerja dengan baik.

5. AMALKAN PENGAMBILAN MULTIVITAMIN
Wanita
yang sihat biasanya mempunyai tahap kesuburan yang baik. Dengan pengambilan
nutrisi penting seperti asid folik, vitamin B12 dan selenium, ia boleh membantu
meningkatkan kesihatan, sekali gus kesuburan wanita.

6. KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL
Lemak
menghasilkan hormon estrogen. Ini memberi kesan kepada proses ovulasi tubuh.
Mengekalkan berat badan ideal boleh meningkatkan pengeluaran telur.
7. MAKAN LEBIH BANYAK IKAN
Kandungan
omega-3 dalam minyak ikan boleh mengurangkan risiko keguguran. Pakar pemakanan,
Marilyn Glenville berpendapat pengambilan minyak ikan sangat penting untuk
kesihatan dan keseimbangan hormon.
8. JAUHI KAFEIN
Ada
pendapat mengatakan meminum secawan kopi setiap hari boleh mengurangkan peluang
untuk hamil. Ini kerana kafein dipercayai mengurangkan aktiviti tiub fallopio
yang berperanan membawa telur dari ovari.
9. MINUM BANYAK AIR
Pakar
kesuburan wanita, Zita West berpendapat minum air dalam jumlah yang cukup
penting untuk menyokong sistem reproduksi.

10. LAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Untuk
mendapatkan anak, setiap pasangan disaran melakukan hubungan seks
sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kualiti sperma dipercayai berkurangan jika
disimpan dalam tubuh lebih dari tiga hari.

MAKANAN SUNNAH YANG BAIK UNTUK CEPAT HAMIL
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl: 69)
  • Madu
  • Kismis
  • Kurma
  • Buah Tin
  • Minyak Zaitun
  • Habatus Sauda
  • Susu Kambing

MAKANAN TAMBAHAN YANG BAGUS UNTUK CEPAT HAMIL
Selain makanan sunnah untuk cepat hamil, Dr Hamid Ashat yang juga merupakan seorang pakar sakit puan menyarankan setiap wanita untuk mengambil makanan tambahan untuk tingkatkan kesuburan. Saya pun setuju juga sebab bagi saya kalau nak ikhtiar, kita tak boleh ikhtiar satu cara saja. Kena bermacam macam cara. Petua orang lama tak dilupakan, yang moden juga tidak boleh dinafikan kebaikannya. 

Tips Hamil Dr. Hamid Arshat Pakar Sakit Puan

============================

“Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapatkan zuriat, Selepas buat ujian2 kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahanuntuk buang cyst/fibroid atau lain2, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, Vit E C folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa2 nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat kebekesanan.”



PERANAN ESP DALAM SET KESUBURAN SHAKLEE
Energizing Soy Protein (ESP) antara makanan tambahan yang baik untuk tingkatkan kesuburan kalau nak cepat hamil. Kenalan saya sendiri amalkan minum ESP selepas 4 tahun berkahwin tanpa zuriat. Dan sekarang dah 3 orang anak beliau! Ini antara perana ESP untuk kesuburan :

1) ESP lengkap dgn 9 asid amino termasuk asid amino perlu. Asid amino perlu ni badan kita tak boleh produce sendiri; ia perlu diperolehi daripada sumber makanan tertentu. Di sini lah letaknya #shakleedifference bagi minuman protein ini.

Asid amino adalah asas kepada pembinaan sel. Sel yg sihat berfungsi dengan lebih baik. Sel yg tidak sihat boleh menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan.

Untuk isteri, ESP berfungsi menghasilkan sel telur (ovum) yang sihat. Manakala bagi suami, ESP membantu menghasilkan sel sperma yang sihat.

2) phytoestrogen di dalam ESP berfungsi utk menyeimbangkan hormon wanita; sekaligus membantu mereka yg ada masalah period cycle tidak teratur dan masalah berkaitan ovulasi.

3) berat badan berlebihan juga adalah salah satu faktor menyumbang kepada masalah susah hamil. Oleh itu, mereka dinasihatkan utk mendapatkan berat badan ideal terlebih dahulu.

ESP boleh membantu utk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat; low GI jadi tubuh badan akan kekal bertenaga dan lambat lapar; rendah kalori; tiada kandungan gula dan kolestrol; tiada lemak tepu. Malahan kaya dgn zat besi dan kalsium. Totally a healthy choice!

Lebih mudah hamil selalunya apabila berat badan ideal dicapai.

4) ESP membantu mengawal paras gula dalam darah. Gula ni macam kita sedia maklum adalah punca kpd mcm2 penyakit sekiranya tidak dikawal pengambilannya. Sel telur boleh rosak disebabkan gula berlebihan..  pengambilan ESP secara teratur membantu kita mengawal cravings terhadap gula.

Items lain dalam set kesuburan Shaklee ialah GLA Complex, B Complex, Vitalea Iron dan Vitamin E (suami makan) juga vitamin C.

CARA PEMBELIAN SET VITAMIN UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET KESUBURAN ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *